RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 April 2026

Hafizh Syahrin Dominasi Kedua-dua Perlumbaan ARRC 2026 di Sepang

Pusingan pembukaan Kejuaraan FIM Asia Road Racing Championship 2026 di Litar Sepang menyaksikan aksi cemerlang pelumba negara kita iaitu Hafizh Syahrin Abdullah dari pasukan JDT Racing yang meraih kemenangan di tempat pertama dalam perlumbaan 1 dan 2 ASB1000.

Selepas mempamerkan keputusan cemerlang dalam aksi pertama, Hafizh memulakan saingan kedua dengan baik untuk mendahului perlumbaan, sambil diekori rapat oleh Keito Abe dan Lachlan Epis. Seawal pusingan ketiga, Hafizh mula menunjukkan dominasi apabila mencatat masa terpantas 2’05.621 saat

Hafizh -kiri- bersama rakan sepasukannya Adndi.
Hafizh -kiri- bersama rakan sepasukannya Adndi.

Memasuki pertengahan perlumbaan, Hafizh terus melebarkan jurang sehingga hampir lima saat di hadapan pencabar terdekat. Sementara itu, rakan sepasukannya Andi Farid Izdihar mula mempamerkan kebangkitan dengan memintas beberapa pelumba untuk naik ke kelompok hadapan.

Aksi semakin sengit menjelang penghujung perlumbaan apabila Andi berjaya memintas Keito di pusingan ke-13 untuk merampas tempat kedua, sekali gus meletakkan pasukan JDT Racing di kedudukan 1-2. Namun, Keito bangkit di saat akhir dengan memintas Andi di garisan penamat yang hanya beza jarak masa 0.006 saat.

Hafizh akhirnya muncul juara dengan masa keseluruhan 29’35.664s sekali gus melengkapkan kemenangan ‘double’ pertamanya sejak 2024 di hadapan penyokong sendiri.

Tempat kedua pula menjadi milik Keito Abe yang hanya dipisahkan dengan jurang tipis, diikuti rapat oleh rakan sepasukan Hafizh iaitu Andi Farid Izdihar di tempat ketiga selepas aksi sengit di pusingan akhir. Seterusnya, pelumba negara Muhammad Zaqhwan Zaidi menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat, manakala tempat kelima menjadi milik Azroy Hakeem Anuar yang turut memberikan saingan sengit sepanjang perlumbaan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.