RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 April 2026

Mforce Dilantik Pengedar Eksklusif ZXMOTO di Malaysia

Sejak memenangi perlumbaan WorldSSP baru-baru ini, jenama ZXMOTO semakin terkenal di kalangan para peminat motosikal di seluruh dunia. Kemantapan pecutan dan pengendalian jentera ZXMOTO 820RR yang ditunggang oleh Valentin Debis telah berjaya mendominasi saingan tersebut.

Valentin Debis '54' mendominasi saingan WSSP dengan jentera ZXMOTO 820RR.
Valentin Debis '54' mendominasi saingan WSSP dengan jentera ZXMOTO 820RR.

Terbaru, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah mengumumkan pelantikan rasmi sebagai pengedar eksklusif bagi jenama motosikal ZXMOTO di pasaran Malaysia.

Kerjasama strategik ini telah dimulakan pada bulan Oktober 2025, susulan kunjungan pengasas ZXMOTO, Zhang Xue, ke kilang pemasangan motosikal Mforce yang terletak di Pulau Pinang. Lawatan tersebut menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama dalam memperkukuhkan kehadiran jenama ZXMOTO di rantau ini.

Hasil daripada perbincangan yang konstruktif, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk menjalinkan kerjasama eksklusif, sekali gus menandakan satu langkah penting dalam perkembangan industri motosikal tempatan.

Sejak Januari 2026, Mforce telah menerima tiga model motosikal ZXMOTO untuk menjalani ujian ketahanan di Malaysia. Ujian ini bertujuan memastikan setiap model memenuhi piawaian prestasi, ketahanan serta kesesuaian dengan keadaan jalan raya dan iklim tempatan sebelum diperkenalkan secara rasmi kepada pengguna Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Mforce, Asri Ahmad, pengenalan rasmi jenama ZXMOTO akan diadakan pada 29 Mei 2026 sempena acara Malaysia Bike Show 2026.

Beliau berkata, semua peminat ZXMOTO di Malaysia bakal berpeluang untuk menyaksikan beberapa model terkini yang akan dipamerkan, termasuk model-model berprestasi tinggi. Lebih istimewa, pengunjung juga berpeluang melihat model motosikal yang telah mencipta kejayaan dengan meraih dua kemenangan (double victory) dalam kelas WorldSSP di pusingan Portugal Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) pada 28 hingga 29 Mac 2026 yang lalu.

ZXMOTO 500R.
ZXMOTO 500R.


Tambah beliau lagi, pengunjung juga berpeluang untuk bertemu secara langsung dengan pengasas ZXMOTO, Zhang Xue, yang dijangka akan hadir memeriahkan acara itu nanti.

ZXMOTO 500F.
ZXMOTO 500F.

Kerjasama ini dijangka akan membuka peluang baharu dalam menawarkan produk berkualiti tinggi kepada pengguna tempatan, di samping mengukuhkan lagi kedudukan Mforce sebagai pemain utama dalam industri pengedaran dan pemasangan motosikal di Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).