RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 11 Mei 2026

Hafizh Syahrin Terus Cemerlang

Selepas memenangi perlumbaan 1, pelumba JDT Racing iaitu Hafizh Syahrin terus menunjukkan taring apabila meraih kemenangan sekali lagi dalam perlumbaan 2 FIM Asia Road Racing Championship 2026 pusingan kedua yang berlangsung di Buriram.

Pada awal perlumbaan, Muhammad Zaqhwan Zaidi dari Idemitsu Honda Racing Malaysia memulakan saingan dengan baik untuk mendahului perlumbaan manakala rakan sepasukannya Azroy Hakeem Anuar di kedudukan kedua dan Hafizh di tempat ketiga.

Hafizh berjaya memintas Zaqhwan untuk mengambil alih kedudukan pendahulu sebelum terus meningkatkan rentak perlumbaan pada peusingan kedua. Hafizh turut mencatat masa terpantas 1’35.788s pada pusingan keempat sambil mempertahankan kedudukan daripada tekanan pelumba Honda.

Azroy kemudian bangkit dengan catatan lap terpantas 1’35.673s serta kelajuan maksimum 299.2 km/j sebelum berjaya memintas Zaqhwan untuk berada di tempat kedua. Namun, drama berlaku pada pusingan kelapan apabila Azroy terjatuh di Selekoh 8 ketika cuba merapatkan jurang.

Insiden itu membuka ruang kepada Zaqhwan untuk kembali ke kedudukan kedua manakala Keito Abe dan Nakarin Atiratphuvapat masing-masing naik ke kelompok podium.

Walaupun terus diasak pelumba Honda, Hafizh kekal tenang dan berjaya melebarkan jurang pendahuluan sehingga lebih tiga saat menjelang penghujung perlumbaan.

Persaingan podium semakin sengit pada pusingan terakhir apabila Keito memintas Zaqhwan dalam perebutan tempat kedua, sebelum Nakarin turut berjaya melepasinya. Zaqhwan kemudiannya terjatuh di selekoh terakhir ketika cuba merampas semula kedudukan.

Hafizh akhirnya menamatkan perlumbaan tanpa dicabar dengan masa keseluruhan 24’01.995s untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut musim ini. Keito menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan 24’04.743s manakala Nakarin melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga dengan catatan masa 24’05.477s. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.