RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Jun 2026

Selepas BRNO, Hakim Danish Mahu Fokus di Assen

Selepas mencipta sejarah dengan kemenangan sulung dalam Moto3 di Brno minggu lepas, Hakim Danish Ramli kini mengalihkan sepenuh tumpuannya kepada cabaran seterusnya di GP Belanda yang akan berlangsung di Litar TT Assen dari 26hb hingga 28hb Jun 2026.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu hadir ke Assen dengan semangat dan keyakinan tinggi selepas meraih 25 mata hasil kejayaan di GP Republik Czech. Kemenangan bersejarah tersebut turut melonjakkan kedudukannya ke tangga ketujuh keseluruhan kejuaraan Moto3 dengan kutipan 73 mata selepas sembilan pusingan.

Tumpuan kini terarah kepada salah satu litar paling ikonik dalam kalendar MotoGP iaitu TT Assen yang terkenal dengan selekoh berkelajuan tinggi, perubahan arah yang pantas dan susun atur teknikal yang mencabar. Berbanding Brno, Assen lebih menekankan aspek kelajuan yang konsisten serta keupayaan pelumba menguruskan tayar dan strategi perlumbaan dengan baik.

Assen bukanlah litar yang asing buat Hakim Danish, pelumba kelahiran Terengganu itu pernah beraksi di litar tersebut dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup, sekali gus memberikannya pengalaman serta pemahaman awal mengenai karakter litar berkenaan.

Pengalaman tersebut dijangka membantu Hakim Danish menyesuaikan diri dengan lebih pantas sepanjang sesi latihan bebas dan membina rentak terbaik menjelang sesi kelayakan serta perlumbaan utama.

Dengan keyakinan yang semakin meningkat selepas kejayaan di Brno, Hakim Danish berharap dapat memanfaatkan setiap sesi sepanjang hujung minggu perlumbaan di Assen untuk terus mengutip mata berharga dan meneruskan momentum positif dalam kempen Moto3 musim 2026. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia