RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 Julai 2026

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Motul secara rasmi menjalin kerjasama dengan Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) sebagai Penaja Rasmi dan Rakan Pelincir untuk pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026.

Kerjasama ini melibatkan dua pasukan yang akan bersaing dalam dua kejohanan berbeza, iaitu Motul Honda Asia Team dalam kategori AP250 di ARRC dan Motul Honda Racing Malaysia dalam kategori 250 dalam MSBK.

Kerjasama ini sekali gus mengukuhkan hubungan strategik antara Motul dan Boon Siew Honda dalam arena sukan permotoran Asia Pasifik. Sebagai Penaja Rasmi, Motul bukan sahaja menyokong kedua-dua pasukan dari segi penjenamaan tetapu turut membekalkan teknologi pelincir berprestasi tinggi bagi menghadapi cabaran musim 2026.

Motul turut membawakan kepakaran teknikal menerusi minyak enjin perlumbaan iaitu Motul 300V yang terkenal dengan prestasi, ketahanan dan kebolehpercayaannya dalam perlumbaan bertaraf dunia. Teknologi ini akan digunakan bagi memastikan kedua-dua pasukan memperoleh prestasi enjin yang optimum sepanjang musim.

Di pihak Boon Siew Honda pula, syarikat menyediakan platform perlumbaan yang lengkap merangkumi jentera, barisan pelumba, pasukan teknikal dan program pembangunan sukan permotoran. Gabungan kepakaran kedua-dua syarikat ini dijangka mampu meningkatkan daya saing pasukan dalam kedua-dua kejohanan.

Selain menyokong pasukan di litar, kerjasama ini turut menjadi medium penting kepada Motul untuk menguji dan membangunkan teknologi pelincirnya dalam keadaan perlumbaan sebenar. Data dan pengalaman yang diperoleh daripada perlumbaan akan digunakan bagi mempertingkatkan lagi kualiti produk untuk kegunaan harian di samping mengukuhkan jenama Motul dalam komuniti permotoran Asia Pasifik.

Berituk Jadual Perlumbaan Baki Musim 2026:

Motul Honda Asia Team – ARRC AP250

  1. Pusingan 4: 7–9 Ogos 2026 – Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia
  2. Pusingan 5: 11–13 September 2026 – Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia
  3. Pusingan 6: 4–6 Disember 2026 – Litar Antarabangsa Chang, Thailand

Motul Honda Racing Malaysia – MSBK 250

  1. Pusingan 2: 10–12 Julai 2026 – Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia
  2. Pusingan 3: 31 Julai–2 Ogos 2026 – Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia
  3. Pusingan 4: 13–15 November 2026 – Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia

Menerusi kerjasama ini, Motul dan Boon Siew Honda berharap dapat menggabungkan kepakaran masing-masing untuk meningkatkan prestasi kedua-dua pasukan sepanjang baki musim 2026. Dengan sokongan teknologi pelincir Motul 300V serta pengalaman luas Honda dalam arena perlumbaan, kedua-dua pasukan kini bersedia memberi saingan sengit dalam ARRC AP250 dan MSBK 250. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.