RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Julai 2026

Qabil Irfan Sasar Keputusan Positif di Magny-Cours

Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan berazam untuk meneruskan prestasi cemerlangnya dengan memburu podium kedua musim ini apabila beraksi pada Pusingan 4 Moto4 European Cup di Litar Magny-Cours, Perancis pada 24hb hingga 26hb Julai ini.

Pelumba pasukan SIC-GRYD Racing itu hadir dengan keyakinan tinggi selepas meraih podium sulungnya pada Pusingan 3 di Jerez, Sepanyol bulan lalu. Kejayaan tersebut membuktikan kemampuannya untuk bersaing bersama kelompok pelumba terbaik Eropah selain menyaksikan Qabil kini menghuni tangga keenam keseluruhan kejuaraan dengan kutipan 51 mata.

Pelumba berusia 14 tahun itu menjalani latihan intensif di Barcelona, Sepanyol dengan memberi tumpuan kepada peningkatan kecergasan fizikal serta persiapan teknikal bagi menghadapi cabaran di Magny-Cours yang merupakan sebuah litar dengan selekoh berkelajuan tinggi dan zon membrek yang mencabar. Dengan pengalaman yang dikumpul oleh Qabil sepanjang tiga pusingan pertama musim ini turut mampu membantu Qabil tampil lebih matang dan tenang ketika bersaing dalam kelompok hadapan.

Perlumbaan di Magny-Cours juga dianggap penting buat pelumba kelahiran Terengganu itu untuk merapatkan jurang mata dengan kelompok pendahulu supaya dapat membuka peluang menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik keseluruhan sebelum saingan diteruskan di Valencia, MotorLand Aragón dan Misano bagi tiga pusingan terakhir musim ini.

Ketika ini, Qabil berada di kedudukan keenam keseluruhan dengan 51 mata. Dia hanya dipisahkan lima mata daripada pelumba Colombia, Mateo Marulanda yang berada di tangga kelima dengan 56 mata. Di hadapan Marulanda ialah Ignacio Galán (Sepanyol) dengan 59 mata, manakala Lorenzo Pritelli (Itali) menghuni tangga ketiga menerusi kutipan 61 mata. Edoardo Savino (Itali) pula berada di kedudukan kedua dengan 65 mata.

Sementara itu, pelumba Sepanyol aiitu Álvaro Lucas terus menguasai carta keseluruhan selepas mengumpul 95 mata. Keputusan podium di Magny-Cours berpotensi melonjakkan kedudukan Qabil ke kelompok lima terbaik keseluruhan sekiranya berjaya mengutip mata maksimum dan keputusan perlumbaan memihak kepadanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.