RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 Ogos 2026

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Prestasi memberangsangkan sepanjang 2026 buat pelumba muda negara iaitu Hakim Danish terus diberi kepercayaan untuk mengharungi saingan Moto3 bagi musim hadapan dan kekal bersama pasukan MSi Racing Team.

Keputusan itu jelas memperlihatkan keyakinan tinggi pasukan yang berpangkalan di Sepanyol berkenaan terhadap potensi serta perkembangan Hakim Danish yang dilihat sebagai antara prospek muda penting untuk terus berkembang di pentas Dunia.

Untuk musim 2027, Hakim Danish bakal memulakan fasa baharu apabila digandingkan dengan rakan sepasukan baharu dari Argentina iaitu Valentín Perrone.

Pengekalan hakim Danish turut mencerminkan komitmen jangka panjang MSi Racing Team dalam membangunkan bakat muda bertaraf dunia untuk terus memberikan saingan kompetitif dalam kelas Moto3.

Sejak 2023, ZK Racing menjalinkan kerjasama strategik bersama MSi Racing Team menerusi program berprestij FIM JuniorGP sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membangunkan pelumba muda berbakat dari Malaysia di pentas antarabangsa. Kerjasama itu turut melibatkan pembangunan pelumba negara termasuk Syarifuddin Azman yang pernah beraksi dalam Kejuaraan Dunia Moto3.

Laluan pembangunan yang lebih sistematik dapat disediakan kepada pelumba negara untuk berkembang daripada FIM JuniorGP ke Kejuaraan Dunia Moto3,  kemudian di Moto2 dan akhirnya menuju ke pentas utama MotoGP.

MSi Racing Team juga memiliki reputasi kukuh dalam pembangunan pelumba muda seperti pengalaman meraih kejuaraan dunia serta melahirkan bakat yang berjaya mencipta nama dalam kelas Moto3 dan Moto2. Kepakaran teknikal, struktur pengurusan profesional dan komitmen terhadap pembangunan pelumba menjadikan pasukan itu antara platform penting dalam perjalanan karier Hakim Danish.

Musim 2026 pula menyaksikan Hakim Danish terus mencipta sejarah. Pelumba negara itu meraih podium sulung di Grand Prix Itali di Mugello sebelum menghadiahkan kemenangan pertama Malaysia dalam kelas Moto3 selepas penantian sedekad menerusi aksi cemerlang di Grand Prix Republik Czech, Brno.

Dengan pengalaman serta momentum yang semakin meningkat, pengekalannya bersama MSi Racing Team bagi musim 2027 pastinya membuka ruang lebih besar buat Hakim Danish untuk terus memburu keputusan terbaik dan mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pelumba muda yang perlu diberi perhatian dalam saingan Moto3. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.