RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 Ogos 2026

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Tahniah buat pelumba TAB SPORTS SCK HONDA RACING iaitu Md Helmi Azman menjuarai siangan CP150 Pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 di Litar Permotoran Terengganu selepas perlumbaan terpaksa ditamatkan lebih awal atas faktor keselamatan.

Sebaik sahaja perlumbaan bermula, Helmi dan Kasma Daniel Kasmayudin daripada PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR terus berentap merebut kedudukan pendahulu. Helmi bagaimanapun berjaya menjarakkan jurang selepas selekoh pertama sebelum perlumbaan dihentikan akibat insiden kemalangan yang melibatkan Farres Putra dan Ahmad Darwisy yang menyebabkan bendera merah pertama dikibarkan.

Helmi Azman juara di litar Terengganu selepas menewaskan Kasma Daniel.
Helmi Azman juara di litar Terengganu selepas menewaskan Kasma Daniel.

Perlumbaan kemudian disambung semula dengan baki 14 pusingan. Helmi kembali memimpin sebelum Kasma melakukan pintasan pada pusingan kedua. Pertarungan semakin sengit apabila Helmi mencatatkan masa terpantas 49.721 saat pada pusingan keempat.

Pada pusingan keenam, beberapa pelumba termasuk Md Farish Hafiy Farid Sezli (IDEMITSU HONDA YAM RACING) dan Ahmad Afif Amran (PETRONAS SPRINTA YAMAHA CKJ RACING) terkeluar selepas terjatuh. Insiden itu membuka peluang kepada Md Irfan Haykhal Amidi dan Danial Syahmi Ahmad Shahril untuk melonjak ke kelompok hadapan.

Helmi kembali menyerang pada pusingan kesembilan untuk merampas semula kedudukan pendahulu daripada Kasma. Namun, hujan lebat yang turun pada pusingan ke-12 memaksa bendera merah kedua dikibarkan dan perlumbaan ditamatkan lebih awal atas faktor keselamatan. Berdasarkan peraturan, keputusan ditentukan mengikut kedudukan pada pusingan ke-11.

Helmi akhirnya dinobatkan sebagai juara dengan catatan 9 minit 17.171 saat diikuti Kasma di tempat kedua dengan 9 minit 17.390 saat manakala Irfan melengkapkan podium di tempat ketiga dengan 9 minit 21.544 saat. 

Salam Takziah buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ Racing, Farres Putra disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden pada awal perlumbaan.
Salam Takziah buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ Racing, Farres Putra disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden pada awal perlumbaan.

Selain itu, dunia sukan permotoran tanah air menerima khabar duka apabila Farres Putra disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden tersebut. Pemergian Allahyarham pastinya meninggalkan kesan mendalam buat keluarga, pasukan, rakan-rakan serta seluruh komuniti permotoran yang mengenali dan menyokong perjalanan beliau. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Farres Putra. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.