RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 September 2026

Qabil Irfan Cedera Dalam FP2 Moto4

Pelumba muda negara, Qabil Irfuan mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan ketika sesi Free Practice 2 Moto4 European Cup di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol pada hari Jumaat lalu.

Insiden berlaku ketika Qabil melalui selekoh ke-5 sebelum menuju ke selekoh ke-6. Ketika terjatuh, seorang pelumba yang berada di belakangnya gagal mengelak sebelum melanggar bahagian kaki Qabil.

Susulan kemalangan itu, sesi FP2 terpaksa dihentikan sementara Qabil diberikan perhatian perubatan sebelum dibawa ke hospital berdekatan bersama wakil pasukan MLAV Racing (MLAV) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Hasil pemeriksaan mendapati Qabil mengalami patah tulang pada kaki kiri yang membabitkan tulang tibia dan fibula. Keadaannya bagaimanapun dilaporkan stabil sebelum pihak hospital meneruskan rawatan bagi kecederaan berkenaan.

Qabil kemudian menjalani pembedahan yang berlangsung kira-kira dua jam dan berjaya diselesaikan sekitar jam 7 pagi waktu Malaysia pada hari Sabtu. Berdasarkan nasihat pihak perubatan, Qabil dijangka dibenarkan pulang ke Malaysia selepas kira-kira lima hari bergantung kepada perkembangan keadaan kesihatannya.

Sepanjang tempoh rawatan, Qabil ditemani bapanya serta wakil MLAV Racing, ZK Racing dan Hakim Danish yang turut berada di hospital bagi memastikan segala keperluan serta kebajikannya terurus.

Pihak MLAV Racing dan ZK Racing juga terus berhubung rapat bagi mendapatkan perkembangan terkini daripada doktor serta keluarga Qabil serta memastikan segala urusan rawatan berjalan dengan lancar.

ZK Racing dalam pada itu mendoakan agar Qabil diberikan kekuatan untuk melalui proses pemulihan dan kembali pulih sepenuhnya. Sebarang perkembangan lanjut mengenai keadaan Qabil akan dimaklumkan berdasarkan maklumat rasmi daripada pihak perubatan dan keluarga. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.