RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Ogos 2020

Pasukan CKJ Catur Strategi Kembali Untuk Dominasi Kategori CP125

Keputusan yang kurang memuaskan di pusingan 1 Kejuaran Cub Prix Malaysia PETRONAS bulan lepas sedikit sebanyak memberikan impak terhadap usaha pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan bagi kategori CP125. Namun, pasukan yang berasal dari Terengganu ini yakin bahawa data yang mereka kumpul dari perlumbaan di pusingan pembuka tirai tersebut akan digunakan untuk mencatur semula strategi ke podium CP125.

Pasukan CKJ telah menurunkan tiga orang pelumba dalam kategori baru ini iaitu Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff, Saiful Azhary Muhamad dan Awal M Al Fikri Yusni. Antara daripada mereka, catatan masa Ahmad Syukran Aizat selaku juara CP115 musim lepas menjadi tanda aras buat pasukan CKJ untuk menghadapi cabaran dalam kategori CP125.

“Pada perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan lepas, jentera kami masih dalam peringkat penyelidikan dan pembangunan. Kami kekurangan beberapa data penting yang diperlukan untuk mencapai ke tahap maksimum,” kata En. Amer Saad, Pengurus Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing.

Walaubagaimanapun, Syukran berjaya memulakan perlumbaan CP125 di barisan ketiga dan berada di kelompok hadapan dalam dua lap terawal. Malang sekali buat pelumba yang berusia 23 tahun itu kerana telah terjatuh pada lap ketiga dan tidak dapat meneruskan perlumbaannya.

Menurut En. Amer Saad, pihaknya akan membuat beberapa perubahan pada jentera lumba mereka dari segi gearbox, ekzos dan saspensi supaya lebih kompetitif dalam perlumbaan seterusnya. Pusingan kedua akan berlangsung di Litar Tangkak, Johor pada 22hb dan 23hb Ogos 2020 ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.