
Perlumbaan MotoGP Jepun mencipta sejarah sekali lagi apabila menobatkan Marc Marquez selaku Juara Dunia MotoGP 2025 dan menyempurnakan 'The Greatest Comeback' dalam sejarah permotoran khususnya. Kejayaan yang dikecapi selepas kali terakhir Marc merangkul gelaran yang sama 2,184 hari yang lalu dan meletakkan namanya tersenarai dalam carta sejarah, Juara MotoGP Ketujuh.