RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 November 2020

Yamaha MT-15 Sudah Berada Di Pasaran. Ditawarkan Pada Harga RM11,988

Pada awal September lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengadakan sesi pra-tonton untuk model MT-15. Ia adalah jentera naked 155cc pertama Yamaha dan ternyata kehadirannya cukup dinanti-nantikan. Hari ini, HLYM secara rasminya melancarkan model MT-15 yang ditawarkan pada harga asas RM11,988 tidak termasuk insurans, pendaftaran dan ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu Ice Fluo dan Yamaha Blue. Model-model mula dijual di para pengedar sah Yamaha bermula pada hari ini (19 November 2020).

MT-15 mewarisi segala DNA dan karaktor Siri-MT seperti pengendalian yang tangkas, lincah dan mantap. Jentera jalanan ini disempurnakan dengan enjin VVA 155cc, sistem suntikan bahan api, 4-lejang, transmisi 6 kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 14.2 kW pada 10,000 rpm dan tork 14.7 Nm pada 8,500 rpm.

Yamaha ini juga telah dipadankan kerangka jenis Diamond, fork depan USD dan lengan ayun aluminium yang mampu menyerap segala hentakan dengan sempurna. MT-15 menggunakan lampu-lampu LED yang cantik dan terang. Pergerakan serta kuasa pecutan jentera ini turut dibantu dengan adanya sistem Assist & Slipper, posisi menunggang yang tegak/selesa dan pelana rendah (810mm).

Pihak HLYM menawarkan rantai kunci pewter 'First Edition MT Series' yang ditempah khas di Royal Selangor Pewter serta kunci cakera Yamaha yang berkualiti tinggi dengan setiap pembelian MT-15. Memang berbaloi! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.