RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 November 2020

Modenas Elegan 250 ABS Dilancarkan Pada Harga RM15,315

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah melancarkan skuter maxi terbaru mereka iaitu Modenas Elegan 250 versi ABS. Menurut pihak MODENAS, rekabentuk skuter baru ini tidak banyak perbezaan dengan model sebelumnya, namun terdapat ciri-ciri tambahan yang ditawarkan.

Modenas Elegan 250 ABS dipadankan dengan enjin silinder tunggal, 4 lejang, SOHC, suntikan bahan api dengan sistem penyejuk cecair. Skuter ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 16.5kW pada 7,000rpm dan tork 22.4Nm pada 6,500rpm.

Terdapat dua meter analog di kiri dan kanan menunjukkan tahap kelajuan dan putaran rpm. Di bahagian tengah pula terpapar skirn berlatar belakang putih yang lengkap dengan info seperti tahap bahan api, jarak perjalanan, suhu, masa dan penunjuk voltan bateri. Dengan adanya soket USB, penunggang juga boleh mengecas telefon pintar yang terletak di ruang simpan kecil bawah bar hendal sebelah kiri.

Untuk tunggangan lebih selamat, skuter ini dilengkapi dengan sistem ABS dua saluran di bahagian depan dan belakang untuk mengelakkan tayar daripada terkunci ketika membrek di permukaan licin.

Bagi mereka yang ingin mengembara, Elegan 250 ABS didatangkan ruang simpan barang bawah pelana yang mampu memuatkan dua buah topi keledar. Antara ciri-ciri lain yang ada adalah lampu hadapan jenis projektor dengan Daytime Running Light (DRL), lampu belakang berbentuk 'X' jenis LED dan brek-brek cakera.

Modenas Elegan 250 ABS boleh dimiliki pada harga RM15,315 dengan dua pilihan warna iaitu Matte Satin Merah dan Matte Satin Hitam. Model ini boleh didapati di semua pengedar sah MODENAS pada November 2020. RR

Isu Pada

Januari 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.