RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Januari 2015

Kawasaki Perkenalkan 3 Model Baru

Selepas beberapa lama mengidamkan berada di depan mata, akhirnya tiga model terbaru Kawasaki iaitu H2R, H2 dan Vulcan S telah diperkenalkan di satu majlis yang gilang gemilang. Pelancaran ketiga-tiga model ini telah diadakan bersempena majlis ulang tahun ke-25 yang disempurnakan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sambil ditemani oleh Raja Dato' Hanipuddin Raja Dato' Nong Chik (Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB).

Vulcan S
Vulcan S


Model yang menjadi sebutan ramai iaitu H2R mula diperkenalkan di Pameran Antarabangsa Intermot pada Oktober lalu ternyata merupakan inovasi yang paling hebat pernah dibangunkan pada sebuah motosikal. Inovasi yang dimaksudkan ialah enjin Supercharge 998cc, empat silinder sebaris yang menawarkan kuasa setinggi 300hp dengan kelajuan melebihi 300 km/j. Model dibina khusus untuk kegunaan di litar dan menggunakan kerangka keluli-tiub hijau jenis trellis yang bertegaran tinggi.

Ninja H2
Ninja H2


Tidak lama kemudian, Kawasaki melancarkan pula H2, sebuah 'jet' yang dibenarkan penggunaannya di jalan raya biasa. H2R dan H2 menggunakan teknologi terkini yang dibangunkan oleh Kawasaki Heavy Industri (KHI Group) yang memiliki kepakaran dalam bidang gas turbin, gas enjin, power plant dan teknologi angkasa lepas. Menerusi kepakaran inilah yang membawa teknologi permotoran ke tahap baru.

Tiga dari kanan: En. On Seng Gee, Pengarah Urusan S. E. A Autoparts Sdn. Bhd. menerima anugerah ‘2014 Top Stockist’.
Tiga dari kanan: En. On Seng Gee, Pengarah Urusan S. E. A Autoparts Sdn. Bhd. menerima anugerah ‘2014 Top Stockist’.


H2R ditawarkan pada harga dalam lingkungan RM300,000 manakala H2 pula boleh dimiliki pada harga RM154,000. Kepada pemilik H2R, dengan pembelian jentera unggul ini, mereka layak untuk menikmati dengan percuma beraksi di Litar Sepang sebanyak enam kali (untuk tahun pertama sahaja) di sessi trackday anjuran Kawasaki.

Ninja H2R
Ninja H2R


Vulcan S pula adalah sebuah mesin yang menawarkan tunggangan yang selesa dan gaya hidup yang ranggi dan menarik. Model ini amat sesuai untuk penunggang baru dan wanita kerana dijanjikan mudah dan selesa untuk ditunggang. Vulcan S dilengkapi dengan enjin 649cc, DOHC yang berkuasa 45kW pada 7,500rpm dan tork 63Nm pada 6,600rpm. Enjin baru ini ditala dengan lancar agar mudah untuk dipacu oleh penunggang baru atau wanita.

Ninja H2R mendapat perhatian ramai.
Ninja H2R mendapat perhatian ramai.


Pelananya rendah (705mm) cukup mudah untuk dinaiki walaupun penunggang wanita, manakala casisnya yang ramping dan ringan menawarkan pengendalian optimum dalam semua keadaan dan jalan. Vulcan S ditawarkan pada harga cukup menarik, iaitu di bawah RM30,000. RR

Isu Pada

Januari 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700