RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Februari 2021

Honda ADV150 Akhirnya Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memperkenal model yang ditunggu ramai iaitu Honda ADV150 menerusi siaran langsung melalui facebook. Jentera ini merupakan sebuah sekuter kembara yang cukup sesuai buat mereka yang ingin mengembara ataupun untuk kegunaan harian.

Dari kiri: Mr. Voon Yin Kong, Dato Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Mr. Yoshitaka Nakamura & Mr. Andy Kiong melancarkan Honda ADV150.
Dari kiri: Mr. Voon Yin Kong, Dato Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Mr. Yoshitaka Nakamura & Mr. Andy Kiong melancarkan Honda ADV150.

Honda ADV150 menampilkan rupabentuk yang cukup agresif, mantap dan terkini. Jentera ini didatangkan dengan enjin 149.3cc, silinder tunggal, 4 lejang, SOHC dengan sistem penyejuk cecair menawarkan kuasa maksimum 10.9kW pada 8,500rpm dan tork 13.9Nm pada 6,500rpm. Enjin bertransmisi V-Matic automatik ini dipadankan dengan sistem bahan api PGM-FI yang mematuhi piawaian Euro4. Dengan adanya sistem Idling Stop (ISS), penggunaan dari segi petrol pasti menjimatkan.

Model ini telah disempurnakan dengan saspensi hadapan jenis teleskopik manakala belakang penyerap hentak berkembar dengan subtangki Showa yang menjanjikan pengendalian lebih selesa. Demi mengutamakan keselamatan penunggang, ADV150 menggunakan sepasang brek jenis cakera di hadapan beserta sistem ABS. Belakang juga turut menggunakan brek jenis cakera.

Untuk ciri-ciri keselamatan yang lain, sistem kunci pintar Honda menawarkan sistem penggera anti-kecurian, fungsi jawab kembali dan suis penghidup pintar (On/Off). Bagi memudahkan pergerakkan, ADV150 dilengkapi ruang simpan bawah pelana seluas 27.8 liter. Cukup untuk meletakkan sebuah  topi keledar, beg, baju ataupun macam-macam lagi. Pemilik juga boleh mengecas telefon pintar semasa menunggang kerana jentera ini mempunyai soket pengecas 12V yang terletak di ruang simpanan hadapan.

Penampilan ADV150 ini diserlahkan lagi dengan penggunaan lampu utama LED bersama sistem lampu Daytime Running Light (DRL). Lampu belakang dan lampu isyarat juga jenis LED. Skuter baru ini juga mempunyai lampu Emergency Stop Signal (ESS) untuk kecemasan ketika membrek secara mendadak. Cermin pengadang angin boleh laras memudahkan penunggang mengendali jentera dengan selesa.

Antara ciri-ciri lain yang ada pada skuter ini adalah adalah tangki bahan api 8 liter, kerangka jenis Double Cradle, berat 133kg dan paparan meter LCD.

Honda ADV150 ditawarkan dua pilihan warna menarik iaitu Vivacity Red dan Mat Charcoal Gray Metallic. Skuter baru ini boleh dimiliki pada harga RM11,999 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Untuk maklumat lanjut sila kunjungi pengedar sah Honda terdekat dengan anda atau hubungi talian bebas Honda 1-800-88-3993 ataupun layari http://www.boonsiewhonda.com.my. RR

Isu Pada

Mac 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.