RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 Februari 2021

Dua Model Terbaru BMW R 18 Classic dan BMW S 1000 RR Rancakkan Pasaran Motosikal

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan dua jentera terbaharu iaitu BMW R 18 Classic dan BMW S 1000 RR yang menampilkan ciri-ciri terkini dan prestasi hebat seperti mana yang dikehendaki oleh para pecinta motosikal khususnya.

BMW R 18 Classic hadir dengan lampu hadapan LED yang benar-benar anggun serta sistem cruise control unit sebagai ciri-ciri standard yang termasuk dengan cermin pengadang angin, perisai angin, pelana pembonceng dan beg sisi. Turut menarik perhatian ialah rekabentuk tangkinya (tear-shaped), bahagian kepala jenis krom dan konsep jalur halus seperti model BMW R 18 First Edition.

Model baru ini dilengkapkan dengan enjin boxer 1802cc empat lejang, dua silinder diperbaharui ia mampu menjana kuasa 91hp, tork 158 Nm pada 3,000rpm dan kelajuan tertinggi yang mampu mencecah 180km/j.

Sebagai pengeluar yang sentiasa mementingkan tahap keselamatan tertinggi, BMW telah melengkapkan jentera cruiser ini dengan sepasang brek cakera bersaiz 300 mm dan brek cakera tunggal di belakang. Seperti BMW R 18 First Edition, varian baharu ini turut memiliki BMW Motorrad Integral Anti-Lock Braking System (ABS), Automatic Stability Control (ASC), tiga mod tunggangan (Rock, Roll dan Rain), Engine Drag Torque Control (MSR) dan Dynamic Brake Control. 

Model baru ini ditawarkan pada harga RM154,500 dan akan berada di pusat pengedaran BMW Motorrad yang bertauliah di seluruh negara mulai 26 Februari 2021.

Jentera sport terulung BMW S 1000 RR pula didatangkan pakej lebih sporty pakej BMW M yang semestinya memberikan pengalaman yang lebih mengujakan setiap kali beraksi di atas litar. Ia hadir dalam warna Hockenheim Silver, Blackstorm Metallic, dan kombinasi warna BMW Motorrad Motorsport untuk pakej M Package iaitu Light White, Racing Blue Metallic dan Racing Red.

Jentera sport ini disempurnakan oleh enjin 4 silinder, 4 lejang sebaris, bersesaran 999cc yang berkuasa 152kW/207hp pada 13,500 rpm, tork setinggi 113Nm pada 11,000 rpm dan mampu dipecut melebihi 299km/j.

Antara sistem elektronik terkini yang dipadatkan pada S 1000 RR ini ialah mod tunggangan (Rain, Road, Dynamic, Race termasuk Mod Pro, Dynamic Traction Control (DTC), sistem ABS Pro, Dynamic Damping Control (DDC), Hill Start Control dan HP Shift Assistant Pro. Turut bakal dinikmati oleh setiap pemilik baru jentera inii ialah pakej BMW M seperti rim karbon M, pelana sport M dan bateri lebih ringan.

Bintang sport terbaru BMW S 1000 RR ditawarkan pada harga RM 121,500 dan turut akan dipasarkan bermula 26 Februari 2021. RR

Isu Pada

April 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.