RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Mac 2021

Yamaha TMAX Ulang Tahun ke-20: Skuter Sport Eksklusif

Dunia dua roda telah berubah untuk selama-lamanya ketika Yamaha memperkenalkan model TMAX pada tahun 2001 yang lalu. Ia adalah ciptaan pertama yang menawarkan sebuah jentera skuter yang berprestasi tinggi, praktikal dan selesa.

Sebagai model skuter-sport paling laris di Eropah sejak dilancarkan dulu, TMAX telah 'berjalan' jauh dengan memberikan pengalaman indah untuk semua pemiliknya. Kini, dua dekad sejak ia memasuki pasaran dunia, Yamaha telah menghasilkan unit edisi istimewa yang menjadi tanda kecemerlangan jentera ini dalam sejarah syarikat pengeluar motosikal tersebut.

Hanya 560 unit yang lengkap dengan nombor-individu menjadikannya salah satu model Yamaha paling paling eksklusif pernah dikeluarkan. Kemasan luaran jenis karbon bertempa memang cukup unik. Tidak seperti rekacorak gentian karbon yang hanya mempunyai corak berombak, setiap komponen karbon-bertempa yang digunakan pada TMAX Ulang Tahun ke-20 ini memiliki permukaan yang berbeza. Ini bermakna setiap satu daripada TMAX ini memiliki keunikan tersendiri.

TMAX ini juga didatangkan dengan pemanas pelana dan pendikit yang kesemuanya dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi. Setiap TMAX ini juga akan dipasang dengan lencana bernombor untuk memastikan ia adalah unit eksklusif serta memiliki identiti tersendiri.

Skuter-sport ini disempurnakan dengan warna paling unik pernah dicipta iaitu Tech Graphite yang tampak dinamik dan sempurna. Rupabentuk TMAX dimantapkan lagi dengan pemilihan rim-rim berwarna gangsa.

Ciri-ciri utama Yamaha TMAX Ulang Tahun ke-20

  • rekaan luaran jenis karbon-bertempa
  •  pemanas pelana & pendikit
  •  warna eksklusif
  •  enjin 560cc berpiawaian Euro5
  •  rekabentuk badan yang dinamik dan agresif
  •  skrin elektrik
  •  sistem elektronik cruise control
  •  lampu jenis LED
  •  kerangka aluminium ringan
  •  sistem traction control & D-Mode
  •  ruang barang yang luas
  •  sistem kunci pintar
  •  panel meter jenis Monotone TFT
  •  sistem saspensi dengan talaan terbaik
  • sistem kunci tongkat tengah
Isu Pada

April 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.