RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 April 2021

Vespa Primavera Pic Nic Tiba Di Malaysia - RM19,900

Didi Resources Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia telah melancarkan model terbaru edisi terhad mereka iaitu Vespa Primavera Pic Nic. Skuter ini dibangunkan berasaskan idea gabungan gaya hidup individu yang sentiasa mengejar kebebasan dan sifat ingin tahu dalam mencari erti kebahagiaan.

Pic Nic dijana dengan enjin i-GET silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk udara. Model bersesaran 154.8cc ini mampu menghembuskan kuasa maksimum 9.5kW pada 7,750rpm dan tork maksimum 12.8Nm pada 6,500rpm. Skuter ini juga turut dipadankan dengan sistem suntikan bahan api elektronik serta injap 3 hala (3-Valve Distribution). Di bahagian unit kawalan enjin didatangkan dengan sensor barometrik bagi memastikan penggunaan bahan api kekal optimum.

Skuter edisi terhad ini menawarkan tali kulit bewarna 'Beige' yang terdapat di rak hadapan dan belakang (didatangkan secara standard). Tali ini berfungsi untuk mengikat barang yang dibawa semasa menunggang. Pemilihan warna coklat klasik juga digunakan pada pelana serta ruang letak kaki. Kemasan warna krom, rim aluminium 12 inci bewarna putih dan lencana “Vespa Pic Nic” di bahagian kompartmen hadapan untuk menyerlahkan lagi skuter ini.

Vespa Primavera Pic Nic boleh didapati pada harga RM19,900 dengan tiga pilihan warna menarik iaitu White Innocenza, Green Relax dan Grey Materia. Setiap pembelian, pemilik boleh mendapatkan aksesori seperti selimut piknik, beg penyejuk dan bakul rotan dengan kemasan kulit yang mudah dipasang di rak belakang (dengan bantuan kit pemasangan).

Bukan itu sahaja, para pemilik skuter baru ini juga boleh mendapatkan 'tumbler' khas Vespa, topi fedora serta beg tote bewarna putih dan kelabu. RR

Isu Pada

Mei 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.