RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 Ogos 2021

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW G 310 GS, BMW G 310 GS ‘40 Years Edition’, dan BMW G 310 R Baru

Pengeluar motosikal premium, BMW Motorrad memperkukuhkan portfolio produknya dalam segmen kembara dan 'roadster' dengan memperkenalkan BMW G 310 GS, BMW G 310 GS ’40 Years Edition’ dan BMW G 310 R yang baru.

Kesemua model ini didatangkan dengan penambahbaikan terkini demi memberikan pengalaman menunggang yang lebih mantap buat segmen jentera bersesaran bawah 500cc.

BMW G 310 GS
BMW G 310 GS

BMW G 310 GS sememangnya memiliki rupawajah yang iras berbanding model GS yang terkemuka. Ia hadir dengan cermin pelindung udara, 'fender' hadapan lebih tinggi, bahagian belakang yang tinggi dan mengekalkan elemen model BMW R 1250 GS yang lebih besar.

Model edisi khas '40 Years Edition’ diilhamkan dari jentera BMW R 100 GS dan kekayaan sejarah pembangunan model GS. BMW G 310 R baharu pula memiliki karaktor luaran seumpama jentera BMW S 1000 R.

BMW G 310 R
BMW G 310 R
BMW G 310 GS
BMW G 310 GS

Dengan rangkuman lampu hadapan LED penuh beserta lampu DRL, kedua-dua model baharu tersebut kini mempunyai penampilan yang lebih agresif dan dinamik dari sudut hadapan.

Enjin yang bersesaran 313cc ini berkeupayaan untuk menjana output berjumlah 34 hp (25 kW) pada paras 9,500 rpm, dan tork bernilai 28 Nm pada paras 7,500 rpm. Ia juga dilengkapkan dengan Electronic Throttle Controller yang membekalkan respons pendikit yang lebih sensitif.

BMW G 310 R
BMW G 310 R

Sistem klac 'Self-Boosting Anti-hopping' merupakan ciri baru yang dicipta untuk meningkatkan tahap keselamatan dengan membuat olahan brek ketika membuat penukaran gear secara pentas/serentak untuk memperlahankan jentera.

BMW G 310 GS
BMW G 310 GS
BMW G 310 R
BMW G 310 R

BMW G 310 GS didatangkan dalam tiga varian warna iaitu Kyanite Blue Metallic (Style Rallye) dan Polar White, berserta dengan Cosmic Black (Eksklusif untuk versi '40 Years Edition’). Untuk model BMW G 310 R pula, warna yang ditawarkan ialah Limestone Metallic (Style Sport).

Semua wakil pengedar BMW kini kembali beroperasi, dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Model-model ini berada di semua pusat pengedaran BMW Motorrad di seluruh negara mulai 20 Ogos 2021. RR

Harga (tanpa insurans, termasuk waranti 3 tahun dan bantuan ' Roadside Assistance Programmes; :

  • BMW G 310 R: RM 27,500.00
  • BMW G 310 G: RM 29,500.00
  • BMW G 310 GS ’40 Years Edition’: RM31,500.00

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.