RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Ogos 2021

CFMOTO 700CL-X Bakal Masuki Pasaran November ini. Harga asas RM28,800.

KTNS Holdings Sdn Bhd selaku pengedar sah jenama CFMoto memaklumkan bahawa model power cruiser iaitu 700CL-X telah tiba di Malaysia dan dijangkakan akan berada di pusat pengedar sah CFMOTO pada akhir November ini.

Jentera jalanan yang seberat 196kg ini menawarkan rekabentuk kerangka yang tegap, garang dan pada masa yang tampah mewah. Enjinnya bersesaran 693cc, 2 silinder sebaris, sistem penyejuk cecair yang mampu menawarkan hantaran kuasa setinggi 55kW (74.8hp) pada 8,500rpm dan tork 68Nm pada 6,500rpm.

CFMOTO 700CL-X disempurnakan dengan lampu-lampu LED depan dan belakang berbentuk moden, pakej brek beserta sistem ABS, lengan ayun aluminum, dua mod tunggangan untuk kesesuaian perjalanan (Economy & Sport), sistem Cruise Control, Slipper Clutch, Rollover Sensor (enjin akan dimatikan secara automatik jika motosikal terbalik), Limp Mode (jika berlaku kerosakan sensor, jentera masih dapat bergerak tetapi dalam kelajuan yang dihadkan) dan panel meter digital.

Antara ciri-ciri menarik lain ialah bahagian tangki yang disepadukan pada kerangka – lain daripada yang lain, sistem ekzos pendek cukup padu, soket USB, lampu Daytime Running Lamp (DRL) dan Ignition Protection (enjin dapat dihidupkan walaupun tongkat tidak dinaikkan).

CFMOTO 700CL-X didatangkan dalam dua warna iaitu Coal Grey dan Twilight Blue dengan harga asas pasaran RM28,000. RR

Isu Pada

Oktober 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.