RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 September 2021

Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 & V4S. Harga dari RM135,900

Ducati Malaysia baru sahaja melancarkan model kembara Multistrada V4 dan V4S yang menawarkan spesifikasi dan ciri-ciri mengagumkan. Model baru ini bukan hanya dicipta dengan kekuatan enjin dan keselesaan semata-mata tetapi juga kini hadir dengan sistem keselamatan canggih.

Ducati Multistrada V4S
Ducati Multistrada V4S
Ducati Multistrada V4
Ducati Multistrada V4

Multistrada V4/V4S didatangkan dengan enjin 1,158cc yang menawarkan kuasa cukup mantap 170hp pada 10,500rpm dan tork 125Nm pada 8,750rpm. Jentera kembara ini diperkuatkan dengan casis aluminium monoque yang ringan tetapi bertegaran tinggi - membolehkan Ducati ini puas untuk dipacu untuk pelbagai jenis laluan.

Kedua-dua model ini berkongsikan beberapa ciri-ciri yang sama seperti tangki 22 liter, panel meter TFT, brek-brek jenis Brembo, cermin pengadang angin boleh laras, lampu Daytime Running Light (DRL) dan sistem elektronik seperti mod tunggangan (Sport, Touring, Urban) dan Enduro), Cornering ABS, Cornering Traction Control, Wheelie Control serta pelana boleh laras (ketinggian).

Ducati Multistrada V4S
Ducati Multistrada V4S

Bagi model V4S pula, terdapat pelbagai ciri menarik lain yang ditawarkan. Keseluruhan lampunya menggunakan LED, Cornering Light (DCL), Vehicle Hold Control (VHC), panel meter TFT lebih besar, Adaptive Cruise Control (ACC), Blind Spot Detection (BSD), Ducati Skyhook Suspension System (DSS), Ducati Connect System, Sporty Suspension Set-up, Ducati Quick Shift, brek Brembo Stylema dan panel meter TFT bersaiz 6.5”.

Sistem Blind Spot bertindak dengan membaca jarak kenderaan lain yang berada di sekeliling ketika dalam perjalanan. Apabila sesebuah kenderaan menghampiri kita pada jarak yang dekat, sistem ini akan memberi amaran kepada kita menerusi panel meter. Sistem ACC pula akan membantu kita untuk memperlahankan kelajuan apabila kita swedang menghampiri kenderaan lain sewaktu dalam mod Auto Cruise dengan adanya sensor di depan dan belakang.

Model kembara ini juga dilengkapkan dengan 'Winglet' yang bukan sahaja untuk kestabilan dalam kelajuan tinggi tetapi juga menyalurkan udara dengan baik untuk mengurangkan panas suhu enjin. Menerusi penggunaan Ducati Connect System, kita boleh sambungkan telefon pintar dengan jentera ini untuk mengaktifkan sistem navigasi, audio lagu dan panggilan telefon.

Model V4 ditawarkan pada harga asas RM135,900 dengan satu pilihan warna iaitu Ducati Red manakala model S pula berharga RM146,900 dan ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu Ducati Red dan Aviator Grey. RR

Isu Pada

Oktober 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.