RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 September 2021

Ural 2W Gear Up & CT 2022

Ural Motorcycles adalah satu jenama motosikal yang berasal dari Russia dan merupakan pengeluar motosikal 'sidecar' yang cukup berpengalaman. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1941ini asalnya bertujuan untuk membantu pihak tentera dalam Perang Dunia Kedua tetapi selepas peperangan tersebut berakhir, penunggang motosikal telah jatuh cinta dengan tahap pratikaliti serta kemampuan sebenarnya dalam mengharungi pelbagai jenis jalan dan mukabumi satu-satu tempat itu.

Pengedaran jentera unik ini meliputi pasaran hampir di seluruh dunia dan antara model-model yang mendapat perhatian ialah Geo LE, Sportsman SE, Sahara SE, CT dan yang terkini ialah 2W Gear Up dan GT.

Ural 2W Gear Up 2022
Ural 2W Gear Up 2022
Ural CT 2022
Ural CT 2022

Model 2W Gear Up disempurnakan dengan enjin 749cc, OHV, sistem penyejuk udara, dua silinder yang menawarkan kuasa setinggi 41hp pada 5,500rpm dan tork 57Nm pada 4,300rpm. Ia adalah jentera yang diklasifikasikan dalam segmen Off-Road Adventure. Untuk peningkatan nilai mampatan, model ini didatangkan dengan teknologi omboh lebih moden dan berpiawaian Euro 5.

Ural 2W Gear Up 2022
Ural 2W Gear Up 2022

Untuk keselesaan pembonceng (sidecar), beberapa pembaharuan turut dilakukan. Antaranya ialah bahagian lengan ayun depan jenis aluminium bertempa, casis untuk 'sidecar' yang diperkukuhkan, penggunaan tayar premium jenis Heidenau, tongkat tengah serba baru dan penggunaan angkup jenis Brembo pada sistem brek depan dan belakang. Untuk menepati piawaian Euro 5, sistem ekzos jentera Ural turut ditukar kepada ekzos 2-dalam-1 dengan sistem penyenyap lebih baik.

Terdapat beberapa aksesori pilihan (standard) yang ditawarkan kepada para pembeli seperti Lampu Kabus LED, soket kuasa di bahagian 'sidecar', Sidecar Pelindung 'Tonneau', rak barang, Jerry Can dan tayar gantian universal.

Ural 2W Gear Up didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu Kelabu Slate, Gangsa Satin dan Merah Garnet. Untuk pasaran di Amerika Syarikat, ia ditawarkan pada harga $18,999 manakala di Canada pula berharga $23,899.

Model CT pula merupakan pilhan mereka yang ingin bergaya dan kelihatan elegan ketika menyusuri kawasan bandar. Ia juga memiliki enjin 749cc, dua silinder, sistem penyejuk cecair dengan kuasa dan tork maksimum sama seperti model 2W Gear Up.

Ural CT 2022
Ural CT 2022

CT juga didatangkan dengan soket kuasa dan pelindung 'Tonneau'. Untuk memudahkan pergerakan, model ini dilengkapi dengan sistem gear undur yang boleh digunakan pedal di bahagian kiri motor. Terdapat tiga warna pilihan iaitu Kelabu Slate, Gangsa Satin dan Merah Garnet. Harga di US ialah $16,999 manakala Kanada $23,899. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia