RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 November 2021

Yamaha MT-09 Dilancarkan Dengan Rasminya

Selepas pihak Hong Leong Yamaha melakukan pra-tonton untuk model MT-09 bulan lalu, kini dengan rasminya model Hyper Naked itu memasuki pasaran negara cadangan RM54,998 dengan dua pilihan warna iaitu Icon Blue dan Storm Fluo.

MT-09 disempurnakan dengan enjin 889cc, sistem penyejuk cecair, 3 silinder yang berkuasa 119ps pada 10,000rpm dan tork 93.0Nm pada 7,000rpm.

Model ini didatangkan dengan Traction Control System (TCS), Slide Control System (SCS), dan Front-Wheel LIFt Control System (LIF) yang menjadikannya cukup teruja untuk ditunggang. Tidak dinafikan, sistem elektronik yang canggih memberikan lebih keyakinan untuk penunggang berada di pelbagai jenis permukaan jalanan. Kombinasi pembakaran sempurna dan tubuh badan yang ringan menjadikan MT-09 lebih jimat petrol.

Casis dan rekabentuk luaran model ini dihasilkan dengan lebih ringan agar pemiliknya dapat membuat pecutan di laluan lurus dengan lebih stabil. Konsep rekabentuk MT-09 baru ini memang unik dan sangat menarik. Lampu-lampu jenis LED yang inovatif dan menarik merupakan salah satu ciptaan inovatif yang ditampilkan oleh Yamaha menerusi model ini.

Panel meter TFT bersaiz 3.5” memang padu. Warna pada paparan RPM akan berubah-ubah mengikut tahap putaran. Suis talaan model ini juga mudah untuk kita gunakan apabila ingin membuat apa jua jenis talaan. Untuk info lebih terperinci, kenalah tunggu apabila RR dapat menunggang ujinya nanti.

Bermula hari ini, Yamaha MT-09 akan berada di semua pengedar rasmi Yamaha Big Bike di seluruh negara. Bagi 300 pelanggan baru, anda juga akan menerima pengunci cakera. RR

Isu Pada

Disember 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.