RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 November 2021

Yamaha Eropah Lancarkan Tenere 700 & Tenere 700 Rally 2022

Yamaha Tenere diperkenalkan pada tahun 1983 dan ia dicipta hasil daripada inspirasi para jurutera Yamaha setelah melihat kemantapan Yamaha XT500 di acara motosikal lasak Paris-Dakar pada tahun 1979 dan 1980.

Sepanjang 40 tahun berada di pasaran, Tenere sentiasa berubah dan berevolusi. Daripada satu silinder kepada dua dan pada masa yang sama saiz enjin juga ditingkatkan kepada 750cc dan pada tahun 2010, Tenere 1200cc pula dilancarkan.

Pada tahun 2019, Yamaha Tenere serba baru hadir ke pasaran selepas ditunggu-tunggu sekian lama oleh para peminat motosikal lasak. Model tersebut dilengkapkan dengan enjin 689cc, CP2, casis backbone, lampu-lampu LED dan tubuh badan yang ringan. Model ini telah mendapat sambutan yang cukup hebat di Eropah dengan penjualan lebih daripada 20,000 unit setiap tahun.

Yamaha Tenere 700 & Tenere 700 Rally
Yamaha Tenere 700 & Tenere 700 Rally

Untuk pasaran tahun 2022, Yamaha telah melancarkan model Tenere terkini dengan beberapa pembaharuan yang dilakukan demi memuaskan hati para peminat model ini. Warna baru untuk model 2022 ialah Icon Blue baru yang diinspirasikan daripada jentera perlumbaan yang telah memenangi pelbagai kejuaraan di seluruh dunia. Warna lain yang turut ditawarkan ialah Midnight Black.

Yamaha turut memperkenalkan Tenere 700 Edisi Rally yang dilengkapkan dengan ekzos slip-on Akrapovic, lampu flasher LED, pelindung rantai, pelindung radiator dan pad cengkaman lutut.

Tenere 700 Rally
Tenere 700 Rally

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Tenere 700 Rally ialah:

  • Pelana Rally 895mm lengkap dengan pelana Rally
  • Pemegang off-road untuk pengendalian lebih baik
  • bar hendal berwarna hitam
  • Rim berwarna emas

Yamaha turut melengkapkan model ini dengan aplikasi MyRide yang membolehkan para pemilik Tenere 700 menikmati perjalanan yang menyeronokkan. MyRide disediakan untuk peranti iOS dan Android yang akan menyimpan dan menjejak setiap perjalanan serta membolehkan para penunggang berkongsikan pengalaman di media sosial.

Menerusi MyRide juga, pemilik Tenere 700 dapat membuat analisa perjalanan seperti jumlah jarak perjalanan, laju maksimum, purata kelajuan, purata pecutan dan sudut miringan. Sistem ini juga akan memberi amaran jika berlakunya masalah teknikal dan boleh terus dilaporkan ke pihak pengedar Yamaha dengan segera.

Kedua-dua versi Yamaha Tenere 700 akan berada di pasaran Eropah pada Disember 2021 dan kita juga berharap agar pihak Hong Leong Yamaha Motor mempertimbangkan untuk memperkenalkannya ke pasaran negara. RR

Isu Pada

Januari 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.