RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 Disember 2021

Boon Siew Honda Perkenal Honda GL1800 Gold Wing

Sejak diperkenalkan dulu, Honda GL1800 Gold Wing merupakan antara model kembara mewah yang paling mewah pernah dikeluarkan. Reputasi jentera ini terus mendapat tempat di hati para pencinta motosikal kerana ia bukan sahaja memiliki rupabentuk yang anggun malah menawarkan kemewahan dan kualiti kemasan akhir yang tinggi.

Terkini, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah melancarkan Honda GL1800 Gold Wing baharu yang menawarkan penambahbaikan di beberapa tempat khususnya dari segi saiz kapasiti ruangan simpanan, tahap keselesaan pembonceng dan semestinya sistem audio.

Honda Gold Wing baru ini didatangkan dengan enjin 1,833cc, sistem penyejuk cecair, 4 lejang, SOHC 24 injap, enjin enam silinder memberikan kuasa maksimum 93kW pada 5,500rpm dan tork maksimum 170Nm pada 4,500rpm.

Kerangka aluminium dibina seiring dengan fork hadapan double wishbone yang membolehkan enjin berada dalam posisi terbaik. Redaman saspensi boleh dilaraskan secara elektronik. Semua pencahayaan adalah LED dan Gold Wing ini juga dilengkapi dengan sepasang lampu kabus LED. Bahagian lampu utama menggunakan 5 kanta optik berbentuk Jewel-Eye yang memiliki suluhan yang cukup terang.

Dual Combined Brake System (D-CBS) mengoptimumkan pengagihan brek ketika kita membrek dengan keras manakala sistem Throttle By Wire (TBW) telah menyajikan kita dengan 4 mod penunggang iaitu Tour, Sport, Eco dan Rain.

Mod TOUR ialah tetapan asas dengan hantara kuasa penuh manakala Mod SPORT pula memberikan pecutan yang kuat, dengan redaman yang lebih teguh dan tekanan tuas brek belakang. Mod ECON pula menawarkan penjimatan bahan api paling tinggi dan sesuai untuk tunggangan santai. Mod RAIN sudah pasti akan digunakan ketika menunggang di dalam hujan dan keadaan jalan yang licin.

Antara ciri-ciri menarik:

  • Kapasiti ruang yang kini cukup luas untuk pengembaraan dengan peningkatan sebanyak 11 liter kepada menjadi 61 liter
  • Tempat duduk kulit serba baru, sudut pembonceng belakang yang selesa.
  • Sistem audio mantap dengan pembesar suara ringan yang dinaik taraf agar mencapai bunyi yang berkualiti.
  • Menambahkan keserasian penggunaan Android Auto dan Apple CarPlay.
  • Hill Start Assist (HSA), Idling Stop dan Honda Selectable Torque Control (HSTC).

Model ini ditawarkan pada harga RM210,888 dengan satu warna pilihan iaitu Pearl Glare White. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700