RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 Februari 2022

Triumph Tiger 1200 2022 – Lebih Ringan dan Berkuasa

Lebih berkuasa, lebih tangkas dan lebih mudah dikendalikan...itulah gambaran yang sesuai kita gunakan untuk model pengembaraan terbaru dari Triumph iaitu Tiger 1200. Triumph baru ini direka dengan memberi tumpuan untuk kecemerlangan di laluan biasa dan lasak. Model baru Tiger 1200 kali ini juga ditawarkan dalam versi GT Pro yang dilengkapkan dengan tangki 20 liter manakala versi Rally Explorer pula memiliki tangki bersaiz 30 liter.

Tiger 1200 baru disempurnakan dengan enjin 1160cc tiga silinder 'T-plane' yang menghamburkan kuasa setinggi 150PS pada 9,000rpm dan tork 130Nm pada 7,000rpm yang memang cukup padu. Model ini dipadankan dengan casis serba baru yang lebih ringan dan lengan ayun 'tri-link' yang juga lebih ringan tetapi bertegaran tinggi. Untuk tunggangan mantap serta pengendalian yang mudah, Tiger 2022 ini direka lebih kompak, ramping serta ergonomik yang lebih sempurna.

Rally Pro
Rally Pro

Triumph telah memantapkan lagi model dengan brek Brembo Stylema beserta sistem Cornering ABS dan sistem penyerap hentak canggih dari Showa. Kedua-dua model GT Pro dan Rally Explorer juga hadir dengan panel meter terbaru TFT 7” yang bersepadu dengan sistem My Triumph Connectivity, enam mod tunggangan, sistem keselamatan Triumph’s Blind Spot Radar dan sistem Cornering Traction Control.

GT Pro hadir dalam warna Snowdonia White, Sapphire Black dan Lucerne Blue pada harga RM115,900 (tidak termasuk pendaftaran) manakala versi Rally Explorer pula berwarna Snowdonia White dan Sapphire Black berharga RM130,900 (tidak termasuk pendaftaran). Model yang berwarna Matt Khaki ditawarkan pada harga bernilai RM131,900 (tanpa cukai pendafataran). RR

Isu Pada

April 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.