RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 April 2022

Malaysia Antara Yang Terpilih Menjadi Destinasi Ujian Untuk Skuter Elektrik Yamaha E01

Jepun: Yamaha Motor Co., Ltd akan memperkenalkan E01, skuter elektrik terbaru yang memiliki bentuk seperti Nmax, berkuasa 8.1kW dan mampu untuk perjalanana sejauh 100 kilometer iaitu E01. Model ini juga didatangkan dengan bateri kekal (tidak boleh ditanggal) dan bakal menjalani sesi ujian Proof-of-Concept (PoC) di beberapa buah negara seperti di Eropah, Malaysia, Jepun, Taiwan, Indonesia dan Thailand bermula Julai ini.

Seperti di Eropah, Malaysia dipilih kerana mempunyai laluan luas seperti di lebuhraya yang benar-benar untuk menguji jarak perjalanan serta menguji tahap kelajuan. Pembangunan skuter elektrik E01 ini merangkumi ciri-ciri mesra pengguna 'ECO' untuk tunggangan harian, kurang gegaran – menjamin keselesaan, mudah ditunggang dalam kelajuan rendah – sesuai untuk kegunaan di kawasan urban, kuasa tork yang tinggi, mudah dicas dan tidak cemar bunyi.

Yamaha E01 dikuasakan oleh bateri lithium-ion 4.9 kWh yang mampu menjanakan kuasa setinggi 8.1 kW pada 5,000rpm dan tork 30.2Nm pada 1,950rpm. Dari segi praktikaliti pula, skuter ini kompak dengan panjang keseluruhan 1,930mm (sama seperti Nmax 155), tinggi pelana 755cc untuk kemudahan sesiapa sahaja menunggangnya dan ruang bawah pelana cukup luas (23 liter).

Antara sistem elektronik dikawal oleh Vehicle Control Unit (VCU), Motor Control Unit (MCU) dan Battery Management System (BMS). Ketiga-tiga unit kawalan ini menawarkan peningkatan prestasi enjin seperti Mod Operasi 3 Tahap (PWR:power, STD: standard, ECO: economy), Regenative Brakes, Reverse Mode dan sistem Traction Control.

Terdapat tiga pilihan untuk proses mengecas yang bergantung kepada keadaan persekitaran manakala soket pengecas adalah rekaan daripada Yamaha sendiri. Fast Charger membolehkan pemilik E01 ini mengecas dari 0-90% kuasa bateri dalam masa satu jam. Normal Charger yang boleh dilakukan pada kebanyakan soket elektrik mempunyai kuasa mengesan dari 0-100% dalam masa sekitar lima jam. Portable Charger pula mengambil masa sekitar 14 jam untuk mengecas dari 0-100%. Cara ini akan selalu digunakan di pejabat, dalam rumah dan lain-lain.

E01 akan duuji di peringkat global yang terdiri daripada pengumpulan data menggunakan 3G/LTE dengan data yang akan dikumpul bagi analisis dan pembangunan EV masa hadapan. Ujian PoC untuk Yamaha E01 akan bermula pada Julai 2022. RR

Isu Pada

Jun 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.