RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 September 2015

Y15ZR Diperkenalkan di YAMAHA MOTORSHOW 2015

Setelah sekian lama kita nantikan, model Y15ZR akhirnya telah dilancarkan pada tanggal 8hb Ogos lalu bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Majlis pengenalan model baru itu telah disempurnakan oleh Datuk Kwek Leng San, Pengerusi dan CEO Kumpulan Hong Leong sambil ditemani oleh Dato’ Jim Khor Mun Wei, Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

Dari kiri: En. Voon Yin Kong, En. Wee Hong, Datuk Kwek Leng Sang, Dato’ Jim Khor & En. Hidenobu Hama di majlis pengenalan Yamaha Y15ZR.
Dari kiri: En. Voon Yin Kong, En. Wee Hong, Datuk Kwek Leng Sang, Dato’ Jim Khor & En. Hidenobu Hama di majlis pengenalan Yamaha Y15ZR.

Model terbaru ini menyambung legasi 135LC yang merupakan antara jentera moped paling popular di pasaran tempatan sekarang ini. Kemiripan antara kedua-dua model ini dapat dilihat dengan jelas menerusi rekabentuk luarannya. Yamaha Y15ZR baru ini didatangkan dengan enjin 150cc, empat lejang, sistem pancitan bahan api dan silinder tunggal SOHC yang menjanjikan pecutan menakjubkan. Kerangkanya tegar dan ringan dihasilkan untuk tunggangan yang lincah sewaktu berada di jalan-jalan berselekoh.

Yamaha VMAX.
Yamaha VMAX.

“Kuasa terbaru kini telah hadir di jalanraya kita dan itulah ia model terbaru Y15ZR. Dengan kepantasan pecutan dan kemantapannya, saya amat yakin model ini menepati citarasa para pencinta motosikal terutamanya mereka yang inginkan sebuah jentera mantap dan menjimatkan,” jelas Dato’ Khor.

Antara ciri-ciri menarik lain yang ditawarkan ialah panel meter bergaya jenis LCD, lampu posisi dan belakang moden LED, Dari kiri: En. Voon Yin Kong, En. Wee Hong, Datuk Kwek Leng Sang, Dato’ Jim Khor & En. Hidenobu Hama di majlis pengenalan Yamaha Y15ZR. Yamaha MT-09 Pelancaran model terbaru Yamaha mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pengunjung yang hadir. Yamaha VMAX. En. Sunny sempat bergaya bersama model Yamaha Bolt 900 (custom). Para pelumba Cub Prix dan penaja pasukan turut diraikan sempena Yamaha Motorshow 2015. pemegang kunci – anti-lock, brek hadapan dan tayar lebih besar. HLYM kini berada di posisi terbaik dengan nilai pasaran saham sebanyak 37% dan mengharapkan nilai ini terus meningkat dengan pengenalan terbaru ini. Yamaha Y15ZR ini ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu merah, biru dan hitam dengan nilai harga seunit termasuk GST dianggarkan sekitar RM7,999.82.

Jentera perlumbaan  Yamaha juga turut  dipamerkan
Jentera perlumbaan Yamaha juga turut dipamerkan
Majlis pengenalan model baru itu telah disempurnakan oleh Datuk Kwek Leng San, Pengerusi dan CEO Kumpulan Hong Leong
Majlis pengenalan model baru itu telah disempurnakan oleh Datuk Kwek Leng San, Pengerusi dan CEO Kumpulan Hong Leong

Yamaha Y15ZR ini juga telah diperkenalkan kepada umum pada hari yang sama di ruang utama Yamaha Motor Show yang diadakan selama dua hari berturut-turut dari 8-9 Ogos lalu. Bersempena dengan ‘pesta’ ini, pihak HLYM turut meraikan rakan-rakan perniagaan mereka terutamanya dalam dunia perlumbaan di satu majlis khas yang ringkas dan meriah. Pastinya dunia perlumbaan motosikal Yamaha YZF R1M terbaru. Jentera perlumbaan Yamaha juga turut dipamerkan. seperti Cub Prix dan Asia Road Racing lebih bermakna, lebih meriah dan menyeronokkan dengan adanya sokongan daripada pelbagai pihak seperti Petronas, Racing Boy, AHM, Uma Racing dan banyak lagi.

En. Sunny sempat bergaya bersama  model Yamaha Bolt 900 (custom)
En. Sunny sempat bergaya bersama model Yamaha Bolt 900 (custom)

Yamaha Motor Show 2015 ini mendapat perhatian ramai kerana masing-masing ingin melihat dengan lebih dekat jentera terbaru Y15ZR dan mesin-mesin lagenda Yamaha yang lain dari R1M, Tenere, Tricity, Bolt 900, YZF750, XJ6 Diversion, TZR250 dan mesin-mesin perlumbaan Yamaha yang canggih. RR

Isu Pada

September 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.