RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 Julai 2022

TVS Ronin Baru Diperkenalkan Ke Pasaran India

Global: TVS Motor Company telah melancarkan model Ronin terbaru untuk pasaran India pada harga bermula Rs 1.49 lakh atau sekitar RM8,400. Jentera Neo-retro ini dikemaskan dengan pelbagai ciri-ciri moden.

Rekabentuk luaran TVS Ronin dikemaskan dengan lampu LED hadapan retro dan panel meter berbentuk bulat. Tangki 'teardrop' melengkung, pelana cukup empuk, bar pemegang pembonceng dan pelindung enjin yang tegar. Enjin 225.9cc, sistem penyejuk minyak/udara, silinder tunggal mampu menjanakan kuasa setinggi 20.1bhp pada 7,750rpm dan tork 19.93Nm pada 3,750rpm. Model baru ini juga dilengkapi dengan sistem slipper clutch yang menjanjikan prestasi mantap untuk semua jenis kelajuan.

Selain posisi tunggangan yang selesa, TVS Ronin turut menawarkan tahap pengendalian mantap yang datangnya dari fork hadapan jenis USD, penyerap hentak belakang dengan pra-beban boleh laras, brek-brek cakera di depan dan belakang. Pakej sistem elektronik yang dimiliki oleh model baru ini ialah mod tunggangan (Urban & Rain) yang akan memberi talaan berbeza dari segi hantaran kuasa dan tahap traction. TVS Ronin versi TD turut dilengkapi dengan TVS SmartXonnect Bluetooth.

TVS Ronin diperkenalkan dalam tiga varian iaitu Ronin SS (1 tona warna), Ronin DS (dua tona warna) dan Ronin TD (tiga tona warna). Turut ditawarkan pada para pelanggan ialah pelbagai aksesori menarik seperti visor berwarna, tempat pelana, rak belakang, beg tangki, beg belakang dan beg pelana.

Memang menarik juga rekabentuk TVS Ronin, nampak macam gaya jentera scrambler. Kalau masuk pasaran negara, ada tak yang jatuh hati? RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.