RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Ogos 2022

BSH Perkenalkan Honda CB250R 2022

Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan model terbaru 'Neo Sports Cafe' iaitu Honda CB250R 2022. Kali terakhir jentera ini dikemaskini adalah pada tahun 2019 yang terkenal dengan gayanya seperti jentera berkuasa tinggi.

Sebagai jentera 2022, CB250R hadir dengan beberapa ciri dinaik taraf antaranya paparan meter LCD serba baru dengan penunjuk kedudukan gear yang jelas dan mudah untuk dilihat. Manakala rupabentuk hadapannya disempurnakan dengan sepasang lampu utama berbentuk bulat jenis LED beserta lampu dwi-bar.

Dari segi pengendalian, saspensi hapadan CB250R ini juga turut dinaiktaraf dengan penggunaan fork USD jenis Showa Separate Fork Function Big Piston (SFF-BP) yang meningkatkan lagi kadar pengendalian motosikal ini. Saspensi belakang pula menawarkan pelarasan spring 5 tahap.

CB250R dijana dengan enjin DOHC, silider tungggal dan sistem penyejuk cecair. Dengan memiliki enjin bersesaran 250cc, model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 20.3kW pada 9,500rpm dan torknya 23.4Nm pada 7,750rpm. Sistem Slipper Clutch pula menawarkan kawalan cengkaman yang lancar sewaktu menukar gear rendah ketika menunggang.

Ciri-ciri keselamatan tambahan yang terdapat pada CB250R ini adalah sistem ABS dua saluran yang dikawal oleh sistem Inertial Measurement Unit (IMU) untuk memastikan daya penggunaan brek diagihkan sama rata pada roda hadapan dan belakang.

Honda CB250R ini ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM23,999 (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran) beserta waranti selama dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu) Terdapat dua pilihan warna menarik iaitu Candy Chromosphere Red dan Mat Gun Powder Black Metallic. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Honda CB250R, pelanggan boleh mengunjungi pengedar Honda BigWing atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-3993 atau melayari http://www.hondabigbike.com.my. RR

Isu Pada

Oktober 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.