RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Jun 2019

AJP Motorcycle Perkenal Empat Model Baru

Dalam dunia sukan motor lasak, AJP Motorcycle adalah nama yang sudah tidak asing lagi. Ia merupakan produk keluaran Portugal yang ditubuhkan lebih daripada 30 tahun lalu. Menerusi pengedar tunggalnya, AJP Malaysia, empat model terbaru iaitu PR5 250 Enduro, PR5 250 Extreme, PR5 250 Supermoto dan PR7 600 Adventure telah pun diperkenalkan ke pasaran tempatan pada akhir April lalu.

Ternyata ia adalah berita cukup baik buat para pencinta motosikal khususnya yang sukakan pengembaraan penuh cabaran di laluan-laluan lasak dan semestinya pencinta alam semulajadi. Jentera AJP sememangnya memiliki rupabentuk motosikal rali yang ringkas, ringan, tinggi dan tangkas. Model-model keluaran syarikat ini bukan sahaja untuk kegunaan harian malah ia cukup berkemampuan untuk berlumba sekalipun.

Model PR5 250 terdiri daripada tiga versi iaitu Enduro, Extreme  dan Supermoto direka untuk penunggang baru, penunggang intermediate serta yang sesuai di litar dan jalanan. Ketiga-tiganya dilengkapkan dengan enjin 249cc yang memiliki kuasa hantaran setinggi 70hp dan tork 27Nm. Harga anggaran ketiga-tiga model ini ialah sekitar RM23,000 hingga RM35,000.

PR7 600 Adventure adalah jentera pilihan buat para pengembara yang ingin menikmati perjalanan cukup mantap dengan hantaran kuasa enjin yang mengagumkan. Ia disempurnakan dengan enjin empat silinder, DOHC, 600cc yang berkuasa 60hp. Rekabentuknya yang kompak dan ringan menawarkan pengendalian cukup mudah tidak kira di mana sahaja. Model ini dikemaskan dengan tayar bersaiz 90/90 21 (depan) dan 140/80-18 di belakang. Ditawarkan pada harga di antara RM55,000 hingga RM60,000. RR

Isu Pada

Jun 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.