RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 Disember 2022

KTM 1290 Super Adventure R 2023 Baru

KTM 1290 SUPER ADVENTURE R generasi kedua telah diperkenalkan dengan peningkatan yang cukup mengagumkan. Berbanding KTM 1290 SUPER ADVENTURE S, ia direka untuk mengharungi jalan raya dan pada masa yang sama mampu untuk menghadapi laluan batu kelikir dan tanah yang ringan. Namun begitu, model ‘R’ diorientasikan untuk pengembara tegar offroad yang mahu serta memerlukan kit premium untuk menghadapi laluan pelbagai landskap atau rupa bumi.

Semestinya KTM mentakrifkan semula segmen motosikal pengembaraan berprestasi tinggi menerusi model-model 1290 SUPER ADVENTURE S dan R.

Kombinasi kuasa yang lancar, badan yang ringan, ketangkasan luar jalan dan pengendalian mantap telah dibuktikan menerusi kejayaan jenama ini perlumbaan DAKAR, Rally dan Enduro. Model baru ini disempurnakan dengan sistem elektronik terkini (Traction Control, Motorcycle Stability Control, sistem ABS pelbagai mod tunggangan) dan sistem saspensi WP XPLOR demi menawarkan pengalaman menunggang tidak dilupakan. Warna putih 2023 yang segar dan sporty dikemaskan pula menerusi rekaan bingkai oren yang menjadi 'tanda' utama KTM.

KTM 1290 SUPER ADVENTURE R dicipta menggunakan segala pengalaman, kemahiran, R&D moden dan melalui pengalaman di dunia perlumbaan. Model yang berupaya menakluki denai gunung ini didatangkan dengan enjin v-kembar 1301cc LC8 yang berkuasa 160 hp dan kuasa tork 140 Nm. RR

Antara ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada model ini ialah:

  • rim berjejari aluminium
  • tayar tanpa tiub
  • skrin pengadang angin boleh laras
  • panel meter TFT 7 inci
  • sistem pengurusan tekanan tayar
  • sistem Quickshifter (pilihan)
  • aplikasi KTMConnect
  • lampu-lampu LED

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.