RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Jun 2023

Ducati Panigale V2 Dilancarkan di dalam Warna Hitam

Ducati Panigale V2 (2024) kini boleh didapati di dalam warna hitam.

Setiap pembuat motosikal yang terkenal mempunyai warna yang sinonim dengan mereka, seperti Honda - merah, putih, biru; Yamaha - biru tua; Suzuki - biru muda; Kawasaki - hijau; KTM - oren; Ducati - merah, dan sebagainya.

Warna merah merupakan warna "rasmi" bagi pembuat kenderaan negara Itali termasuklah untuk Ferrari, Alfa Romeo, dan juga jenama trak Iveco. Namun, akan ada juga pembeli yang mahukan warna kesukaan sendirinya.

Ducati mengenali hakikat ini dan telah pernah melancarkan model-model motosikal yang boleh didapati di dalam warna, kuning, hitam dan putih. Apapun, sesuatu model kelihatan lebih cantik di dalam warna lain kerana kita sudah agak bosan melihat warna yang sama. Contohnya Ducati Panigale V2 yang baharu ini.

Ducati memanggil warna ini sebagai "Black-on-Black" (Hitam-atas-Hitam) dan terdapat jalur grafik serta perkataan yang berwarna merah sebagai kontras. Tetapi model masih boleh di dapati di dalam warna merah dan putih.

Namun ia masih menggunakan enjin yang lama, iaitu jenis 955cc, V-Twin (bukan V-4), yang menghasilkan 155hp dan tork 104Nm.

Harga di Amerika Syarikat ialah US$18,595 (RM85,797.33).

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.