RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Julai 2023

Triumph Tiger 900 Edisi Aragon Dilancarkan Di Eropah

Pada Julai 2022, Ivan Cervantes telah meraih kemenangan dalam saingan Baja Aragon, satu daripada perlumbaan paling lasak dalam dunia dua roda. Sempena dengan kemenangan itu, Triumph Motorcycles melancarkan Tiger 900 Rally Aragon dan Tiger 900 GT Aragon yang dilengkapkan dengan liveri dan spesifikasi lebih unik.

Aksi hebat Iván Cervantes ketika memenangi perlumbaan Baja Aragon 2022 yang lalu.
Aksi hebat Iván Cervantes ketika memenangi perlumbaan Baja Aragon 2022 yang lalu.
Triumph Tiger 900 GT Aragon.
Triumph Tiger 900 GT Aragon.

Menerusi Tiger 900 Rally Pro, Cervantes mengusai perlumbaan sejauh 450km dengan kemenangan melintasi garisan penamat 1 jam 6 minit lebih awal berbanding para pencabarnya. Ini membuktikan kemampuan sebenar model Tiger untuk menangani pelbagai jenis permukaan jalan dan muka bumi.

Triumph Tiger 900 Rally Aragon.
Triumph Tiger 900 Rally Aragon.

Info: Ivan Cervantes ialah seorang pelumba motosikal Enduro yang berasal dari Sepanyol dan merupakan Juara Enduro Sedunia sebanyak empat-kali.

Iván Cervantes bersama krew pasukannya.
Iván Cervantes bersama krew pasukannya.

Kedua-dua edisi Tiger 900 Aragon ini berkongsikan segala spesifikasi, teknologi dan kecemerlangan yang sama dengan Tiger 900 GT Pro dan Rally Pro yang popular di pasaran. Prestasi enjin yang maju dan dipadankan dengan penampilan serba baru yang segar dan kekal agresif.

Triumph Tiger 900 GT Aragon.
Triumph Tiger 900 GT Aragon.

Tiger 900 Rally Aragon didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu Matt Phantom Black, Matt Graphite dan Crystal White, menampilkan juga warna Racing Yellow pada perincian Triumph Tiger termasuk Edisi Aragon. Turut menanti para pemiliknya ialah pelana berkembarnya yang hadir dengan warna baru. Versi GT Aragon juga diberikan sentuhan baru pada bahagian pelananya tetapi model ini dikemaskan dengan skema warna 'triple' iaitu Diablo Red/Matt Phantom Black dan Crystal White.

Triumph Tiger 900 Rally Aragon.
Triumph Tiger 900 Rally Aragon.

Kedua-dua model memiliki kuasa tork setinggi 87Nm pada 7,250rpm, sistem Slip & Assist Clutch, kerangka modular yang ringan dan sistem saspensi yang mantap. Edisi GT Aragon menggunakan fork USD Marzocchi 45mm jenis cartridge boleh laras manakala versi Rally Aragon pula menggunakan fork jenis Showa untuk prestasi lebih mantap di laluan-laluan lasak.

Triumph Tiger 900 Rally Aragon.
Triumph Tiger 900 Rally Aragon.

Pelindung enjin juga dipasangkan untuk kedua-dua model sebagai aksesori standard. Model Rally Aragon dipasangkan dengan bar pelindung tangki dan terdapat lebih daripada 65 jenis aksesori yang dikhususkan untuk kedua-dua model ini. GT dan Rally Pro dijangka akan mendapat permintaan yang mengagumkan di pasaran seluruh dunia. RR

Isu Pada

September 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.