RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mei 2014

Vespa LXV 150 3V Mengimbau Sejarah Lama

Naza Premira Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi Vespa di Malaysia telah melancarkan model terbaru LXV 150 3V i.e pada 10 April lalu. Edisi terbaru ini merupakan gabungan rekabentuk ikon terkenal Itali dengan kepesatan teknologi dari Piaggio.

Dari Kiri: En. Abdul Hamid Ismail, En. Judah Sangaran (Pengurus Jualan Piaggio Asia Pacific) & En. Nik Danial Nik Mahmood melancarkan model terbaru Vespa.
Dari Kiri: En. Abdul Hamid Ismail, En. Judah Sangaran (Pengurus Jualan Piaggio Asia Pacific) & En. Nik Danial Nik Mahmood melancarkan model terbaru Vespa.


Enjin baru ini berisipadu 150cc, empat lejang, tiga injap dengan sistem pancitan bahan api yang menawarkan kuasa maksimum 11.6hp pada 7,500rpm dan tork 12Nm pada 5,000rpm. Berbanding model terdahulu, enjin baru ini telah direka semula agar lebih ringan dan kurang geseran seterusnya menawarkan kadar penjimatan bahan api sehingga 30% - cukup sesuai untuk tunggangan di dalam bandar.


Di samping menawarkan kemodenan, LXV 150 3V tetap mengekalkan struktur rekaan model lama Vespa LX yang pastinya digilai sejak tahun 1960an lalu. Model ini nyata lebih menyerlah dengan aksesori istimewa seperti bar handel jenis tiub, fly screen, lampu utama bulat, pelana berasingan (penunggang dan pembonceng) yang dibalut dengan kulit tulen. Vespa LXV 150 3V ditawarkan pada harga asas RM11,658 dan didatangkan dalam tiga warna iaitu Biru Midnight, Rossa Chianti (Maroon) dan Beige.


Menurut En. Nik Danial, Timbalan Presiden Naza Two Wheels Division, sebanyak 1,000 unit Vespa telah berjaya dijual pada tahun 2013 dan pihak Naza mengunjurkan pasaran sebanyak 1,000 unit pada tahun ini. LXV 150 3V ini disasarkan kepada para penunggang muda profesional yang sentiasa inginkan sebuah mesin yang mudah dan bergaya. Turut diraikan pada hari itu ialah pemilik pertama LXV 150 iaitu En. Frank Michel dari Jerman yang kini bertugas di Kuala Lumpur. RR

Isu Pada

Mei 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.