RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Ogos 2023

EMOS Umum Harga Rasmi Untuk Modenas ZX-25R SE - Harga Bermula RM33,900

Persaingan segmen motosikal sportbike 250cc kini semakin meriah dengan kehadiran model yang ditunggu-tunggu iaitu Modenas Ninja ZX-25R SE. Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) baru-baru ini telah mengumumkan harga rasmi untuk jentera tersebut dalam pasaran negara. Terdapat dua warna pilihan iaitu Lime Green/Ebony dan Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony yang ditawarkan pada harga runcit disyorkan RM33,900.

"Harga bukan sahaja tahap dedikasi untuk sesebuah syarikat dalam menyediakan motosikal berprestasi tinggi tetapi memudahkan warga Malaysia untuk memilikinya," kata Ketua Pegawai Pemasaran, En. George Kashiwagi.

Modenas ZX-25R SE didatangkan dengan enjin 4 silinder sebaris, DOHC dengan sistem sejukkan cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 34.5kW pada 15,500rpm dan nilai torknya 22Nm pada 12,500rpm. Jentera ini dipadankan dengan tangki bahan api yang besar (15 liter), menjadikan ZX-25R SE memilik 18kg lebih berat berbanding model Modenas Ninja 250.

Selain itu, posisi tunggangan yang sporty pula diinspirasikan daripada model Kawasaki Ninja ZX-10R tetapi kedudukan bar hendalnya tidak terlalu rendah sekaligus memberikan keselesaan pada tahap optimum buat penunggang yang menunggang jauh mahupun dekat. Antara ciri-ciri lain adalah Kawasaki Traction Control (KTRC), fork USD, brek-brek jenis cakera, lampu-lampu LED, Electronic Throttle Valve (ETV), Kawasaki Quick Shifter (KQS) dan paparan meter jenis TFT.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, En Roslan Roskan, "Model ZX-25R SE merupakan simbolik yang menggabungkan inovasi, prestasi dan semangat untuk dikongsi bersama Modenas dan Kawasaki."

Bersempena dengan pengumuman ini, tempahan untuk model ini masih lagi dibuka untuk tempahan. Yang berminat untuk menjadi pemilik terawal jentera ZX-25R SE, anda boleh kunjungi pengedar sah Kawasaki All-Star seluruh Malaysia. Untuk pencarian lebih mudah, anda boleh layari laman sesawang kami di https://www.kawasaki.com.my/kawasaki/all-star.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai model-model tahun 2023 dan segala berita terkini, sila boleh layari laman sesawang rasmi MODENAS atau KAWASAKI Malaysia di https://modenas.my/v2/ , http://www.kawasaki.com.my/ atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.