RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 September 2023

Modenas Ninja ZX-25R SE Secara Rasmi Dilancarkan

Model dalam segmen sportbike yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba ke pasaran negara. Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) dengan rasminya telah memperkenalkan model sportbike terbarunya iaitu Modenas Ninja ZX-25R SE. Model ini hadir dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Lime Green/Ebony dan Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony.

Modenas Ninja ZX-25R SE dikuasakan dengan enjin bersesaran 249.8cc, 4 silinder sebaris, DOHC, 16 injap dengan sistem penyejuk cecair. Mesin ini mampu meghasilkan kuasa maksimum pada 34.5kW (46hp) pada 15,500rpm dan torknya 22Nm pada 12,500rpm. Enjin bertansmisi 6-kelajuan ini juga membantu penunggang mengubah kedudukan gear lebih mudah dengan bantuan sistem Kawasaki Quickshifter (KQS) yang boleh digunakkan untuk naik dan rendahkan kedudukan gear.

Dari segi rekabentuknya memang cukup garang sekali. Model ini bukan sahaja sesuai untuk kegunaan harian, tetapi sangat seronok dibawa melayan selekoh di dalam litar pada hujung minggu bersama rakan-rakan. Rupabentuk hadapannya tampak mantap dipadankan dengan sepasang lampu utama berkembar jenis LED. Lampu belakang juga adalah jenis LED.

Pada bahagian kokpitnya tersergam indah dengan kehadiran paparan meter jenis TFT yang boleh disambungkan dengan telefon bimbit menerusi aplikasi Kawasaki Rideology melalui Bluetooth.

Sistem brek pada model ini dikemaskan dengan brek cakera tunggal 310mm di bahagian hadapan. Manakala belakang pula menggunakan brek cakera 220mm. Antara ciri tambahan keselamatan lain seperti sistem ABS dua saluran. Untuk keselesaan buat penunggang, Ninja ZX-25R SE menggunakan saspensi hadapan jenis fork USD 37mm SFF-BP, saspensi belakang pula jenis penyerap hentak tunggal.

Ciri-ciri elektronik yang menarik pada jentera ini seperti Kawasaki Traction Control (KTRC), dua mod tunggangan (Full & Low) dan Electronic Throttle Valves. Manakala kelengkapan lain seperti klac jenis Assist & Slipper, tinggi pelanan 785mm, kerangka jenis trellis, berat 184kg dan tangki bahan api 15 liter.

Model yang hadir dalam bentuk pemasangan tempatan (CKD) ini ditawarkan pada harga runcit disyorkan RM33,900. RR

Isu Pada

Oktober 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.