RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 Oktober 2023

MV Agusta Superveloce 98 Edizione Limitata

Enjin MV Agusta pertama 'lahir' pada tahun 1943. Sebuah silinder tunggal 98 cc, kotak gear 2 kelajuan, ringan dan kompak. Pengeluaran model ini terpaksa ditangguhkan sehingga perang tamat dan segala permusuhan pun telah berakhir.

Pada penampilan sulungnya, MV 98 ketika itu sudah sempurna 'berpakaian' dengan warna Burgundy yang elegan. Sukar untuk membayangkan sebab mengapa warna ini di dipilih? Mungkin ada kaitan dengan gaya Giovanni Agusta, atau sekadar ilham pencipta atau hanya citarasa peribadi. Namun begitu, skim warna Burgundy ini menambah keagungan.

Kini, 80 tahun selepas kelahiran enjin MV Agusta yang pertama, MV Agusta melancarkan model Edisi Terhad '98' yang hanya dikeluarkan sebanyak 300 unit lengkap bernombor. Perkenalkan Superveloce 98 Edizione Limitata yang diperkenalkan dengan skema warna "Rosso Verghera"nya. Diinspirasikan secara langsung oleh palet warna asal, Rosso Verghera ialah produk yang canggih dan sangat berkualiti tinggi.

Model eksklusif ini merujuk kepada saiz enjin bersejarah yang direka pada tahun 1943 dan dihasil menggunakan tangan mengikut beberapa fasa manakala warnanya terdiri daripada asas matte. Ia adalah satu penghormatan pengeluaran enjin '98', pada tahun 1943 lalu.

Tanda "98 Edizione Limitata" diletakkan di bahagian belakang serta di bahagian atas. Ia 'diapit' oleh bendera Itali sebagai tanda dari mana asalnya. Lambang Edisi Terhad ini juga dipamerkan pada plat hendal menggunakan teknologi ukiran laser serta sijil 'ketulenan' yang diberikan kepada para pemiliknya.

MV Agusta ini didatangkan dengan enjin 798cc, tiga silinder yang berkuasa 147hp. Tubuh badannya kompak dan sangat ringan, ia menyumbang untuk mengekalkan berat keringnya turun kepada hanya 173 kg, atau hanya seberat 165 kg dengan kit perlumbaan.

Kemantapan prestasi model ini juga disumbangkan oleh beberapa ciri-ciri menarik seperti injap titanium, sistem brek Brembo M4.30 Stylema, sistem ABS Continental MK100, Ride-by-Wire, panel meter TFT, rim berwarna emas dan sistem anti-kecurian satelit Mobisat. RR

Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.