RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Oktober 2023

Yamaha XSR900GP 2024 – Model Retro Warisan Lama

Yamaha Europe telah menampilkan model terbaru XSR900 GP yang direka untuk mengembalikan memori motosikal di 'Golden Era' dengan menggabungkan nostalgia dan gaya warisan jentera perlumbaan bersama teknologi serba moden.

Legend Red
Legend Red

Rekabentuk keseluruhannya sudah tentu mengingatkan kita dengan jentera pelumba Grand Prix 1980an yang lalu. Ini sangat jelas dapat dilihat menerusi rekaan bahagian fairing dan pelana tunggalnya. Bahagian pelana tunggal ini juga boleh ditanggalkan untuk pembonceng.

Walaupun begitu, jangan pandang remeh ya. Model ini disempurnakan dengan enjin dan sistem elektronik serba moden. Panel meter XSR900 GP ini adalah jenis TFT berwarna penuh bersaiz 5-inci dengan empat jenis paparan berbeza termasuklah penunjuk analog seperti mana yang digunakan suatu ketika dulu. Penunggang Yamaha ini juga sentiasa dapat berhubung menerusi aplikasi My Ride.

Power Grey
Power Grey

Model retro ini hadir dengan enjin bersesaran 890cc, tiga silinder (CP3), 4 lejang, sistem penyejuk cecair, DOHC, Euro 5 yang berkuasa 119PS pada 10,000rpm dan tork 93Nm pada 7,000rpm. Enjin ini 'dipeluk' kemas oleh kerangka 'Deltabox' yang sangat mantap untuk mereka yang gemarkan tunggangan yang pantas dan agresif.

Casis model ini telah dikaji semula untuk meningkatkan kestabilan sewaktu membelok dan memberikan respon lebih baik ketika mengendalikannya. Bar hendal jenis 'clip-on' model GP ini ditinggikan untuk meningkatkan lagi kawalan jentera ala perlumbaan ini disamping mengekalkan tahap keselesaan untuk jalanan biasa.

Turut dilengkapkan pada XSR ini ialah sistem Quick Shifter 2 Hala, Cruise Control, sistem A&S Clutch (Assist & Slipper) dan Mod Tunggangan (Sport, Street, Rain & Custom). Model ini didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Legend Red dan Power Grey. RR

Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700