RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 Oktober 2023

Ducati Superquadro Mono, Enjin Silinder Tunggal Baharu daripada Ducati

Ducati telah mengumumkan enjin silinder tunggal baharu mereka yang digelar Superquadro Mono. Ia merupakan enjin silinder tunggal daripada pembuat negara Itali itu di dalam masa 30 tahun. Bukan itu sahaja, enjin ini merupakan yang paling berkuasa untuk mana-mana enjin silinder tunggal.

Superqaudro Mono (Quadro bermaksud "empat" kerana ada empat injap manakala mono bermaksud "tunggal") ini mempunyai 659cc dan dapat diligatkan ke 10,250 RPM bagi versi bukan perlumbaan. Ia boleh menghasilkan 76.4hp bagi versi bukan perlumbaan dan sehingga 83.4hp untuk kegunaan perlumbaan. RPM maksimum yang amat tinggi itu (bagi enjin silinder tunggal cc besar) dapat dicapai dengan kegunaan sistem injap desmodromic.

Selain daripada itu, enjin ini menggunakan piston dengan gerek (bore) yang terbesar untuk enjin silinder tunggal produksi, dengan ukuran 116mm. Piston itu sebenarnya diambil daripada enjin 1285cc yang digunakan oleh 1299 Panigale dahulu. Bezanya enjin Mono ini mempunyai lejang 1.6mm yang lebih panjang. Bukan itu sahaja, malah injap, kebuk pembakaran dan penalaan masa injap desmo juga berasal daripada 1299 Panigale. Apapun, 80 peratus komponen selainnya merupakan serba baharu.

Enjin ini sebenarnya bagi Hypermotard berenjin silinder tunggal yang sedang dibangunkan. Kali terakhir Ducati mempunyai sebuah Supermono ialah di antara 1993 hingga 1995. Ketika itu mereka hasilkan hanya 65 buah Supermono sebagai motosikal perlumbaan. Ia sebenarnya menggunakan enjin 2 silinder, tetapi hanya satu silinder sahaja yang ada palam pencucuh untuk menghasilkan kuasa. Sebuah silinder lagi digunakan sebagai pam udara untuk enjin.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.