RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 November 2023

Bimota Tera Ditayangkan Akhirnya

Motosikal Bimota Tera telah dilancarkan di EICMA tempoh hari secara kecil-kecilan di pondok Kawasaki. Ya, Kawasaki, kerana pembuat dari negara Jepun itu telah membeli jenama Bimota pada 2019.

Seperti motosikal Bimota yang lain, model Tera ini mencirikan casis yang canggih. Khusus baginya ialah bahagian depan yang tidak menggunakan fork hidraulik tradisional, sebaliknya menggunakan sistem kendalian hab (hub steering). Nama Tera sebenarnya merupakan singkatan untuk TEsi con Regolazione di Altezza, yang bermaksud Tesi dengan ketinggian yang boleh dilaras. Model ini telah melalui penyelidikan dan pembangunan selama tiga tahun. Bahagian depannya merupakan evolusi kepada konsep kendalian hab yang diketuai oleh CEO Bimota, Pierluigi Marconi. Marconi-lah yang menghasilkan casis Tesi yang asal.

Bahagian pengendalian hab dikatakan lebih bermanfaat daripada fork tradisional. Fork akan termampat apabila kita membrek dan jarak gerakan itu tidak dapat lagi meredam bonggolan jalan pada masa yang sama. Oleh yang demikian, pengendalian motosikal terpaksa dikompromi. Ia juga sebabnya kenapa sesebuah motosikal susah untuk dibelok apabila kita sedang membrek dengan kuat. Sistem pengendalian hab ini dapat membahagikan daya membrek dan penyerapan bonggolan agar motosikal masih boleh dikendalikan dengan jitu. 

Selain daripada komponen saspensi depan, turut terdapat beberapa ciri yang canggih, seperti kerangka yang menggunakan plat-plat aluminium serta komponen-komponen di mesin daripada bongkah aluminium (machined from billet). Komponen-komponen ini disambungkan kepada tetulang keluli.

Seperti Bimota Tesi H2 sebelum ini, Tera menggunakan enjin Kawasaki H2 1000cc dengan empat silinder dan dibantu oleh sebuah supercharger. Ia menghasilkan lebih daripada 200hp dan tork maksimum 137Nm.

Perbezaan kedua varian ini ialah Tesi H2 merupakan jenis sport/naked, manakala Tera merupakan jenis sport-tourer yang boleh dipasang dengan kotak simpanan barang sisi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.