RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 November 2023

KTM 1390 Super Duke R Evo 2024 Memang Mengancam!!

Segmen jentera jalanan/naked kini dicabar oleh pendatang terbaru iaitu KTM 1390 Super Duke R Evo yang menawarkan rekabentuk cukup garang dipadankan dengan spesifikasi enjin yang mengagumkan.

Tahun 2024 juga merupakan ulang tahun ke 30 buat model Duke dan sudah tentu penghasilan KTM 1390 Super Duke R Evo terbaru ini menawarkan pakej tulen sebuah mesin berteknologi tinggi.

Model ini juga menerima gelaran 'The Beast' yang hadir menerusi evolusi baru dilihat dengan jelas menerusi keseluruhan rekabentuknya. Rekabentuk ruang lampu hadapan jenis LED memang lain daripada yang lain – memang macam 'beast'. Fairing sisi disepadukan dengan tangki (saiz 17.5 liter) beserta 'winglet' yang dilihat amat sepadan dengan casisnya jenis trellis dan bentuk sistem ekzos.

Pelindung subframe direka baru untuk memberikan penggayaan bahagian belakang yang lebih tajam dan aerodinamik. Enjin yang kompak dan sasa itu bersaiz 1,350cc yang menghasilkan kuasa setinggi 190hp pada 10,000rpm dan tork 145Nm pada 8,000rpm. Memang 'power'!

Fork hadapan jenis terbalik, WP APEX Open Cartridge 48 mm yang dikemas kini dipadankan bersama penyerap hentak WP APEX lengkap dengan takungan gas dan minyak yang berasingan. Sistem saspensi ini boleh dilaras sepenuhnya.

Super Duke baru ini didatangkan dengan sistem saspensi alaf baru - WP Semi-Active Technology (SAT) generasi terkini yang merupakan sistem penyerap hentak paling maju di pasaran setakat ini. SAT menampilkan injap magnet yang dikawal secara elektronik untuk proses redaman berubah-ubah dan menyediakan pelbagai tahap pelarasan. Talaan boleh dilakukan untuk menikmati keselesaan maksimum dalam perjalanan biasa atau buat mereka yang sedia 'bertempur' di atas litar.

KTM 1390 Super Duke R dan Duke R Evo juga model pertama hadir dengan mod Performance dan Track yang lengkap dengan Lap Timer dan Statistik Telemetri. Menerusi Suspension Control Unit (SCU), tahap penyerapan bergantung kepada maklumat yang didapati dari sensor menerusi gaya tunggangan dan permukaan jalan. Terdapat lima pilihan yang ditawarkan iaitu Auto, Comfort, Rain, Street dan Sport. Jika menggunakan talaan Suspension Pro, terdapat dua lagi pilihan iaitu Track dan Pro. Walaupun begitu, sistem Engine Brake Control pula ditawarkan sebagai 'Pilihan'.

KTM baru ini juga menawarkan 4 mod tunggangan iaitu Rain (basah, hujan), Street (tunggangan harian), Sport (tunggangan agresif, kuasa penuh), Performance (pilihan/optional) dan Track (pilihan/optional). RR

Ciri-ciri menarik:

  • Panel Meter TFT
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar
  • Tayar hadapan: 120/70 – R17
  • Tayar belakang: 200/55 – R17
  • Brek Brembo Stylema
Isu Pada

Februari 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.