RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Disember 2023

Triumph Daytona Baharu akan Diperkenalkan?

Triumph mempunyai banjaran model motosikal yang amat luas dan merangkumi hampir semua jenis motosikal, kecuali motosikal sport yang ber-fairing penuh. Triumph pernah menghasilkan model sport yang dinamakan Daytona namun telah diberhentikan apabila citarasa pembeli memihak kepada motosikal jenis sport-touring dan adventure. Walaupun begitu, sering terdapat khabar angin yang Triumph akan membawa kembali model Daytona mereka tetapi ia kekal khabar angin, sehinggalah kini. Triumph telah mengacah bahawa Daytona baharu akan dilancarkan tidak lama lagi.

Dalam ciapan di Instagram, mereka menunjukkan beberapa gambar acah seperti rupa lampu depan serta nombor "660" di fairing. Selain daripada itu, mereka turut berkata, "PERATURAN AKAN BERUBAH. PELANCARAN MOTOSIKAL BAHARU PADA 9 JANUARI 2024."

Nombor 660 bermaksud motosikal ini akan berasaskan enjin tiga silinder 660cc yang digunakan oleh Trident dan Tiger Sport 660. Sama-sama kita nantikan!

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.