RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 Disember 2023

GPX GTM250R Dilancarkan dengan Gaya Racer Retro yang Menarik

GPX merupakan sebuah jenama motosikal yang baharu tetapi sudah dapat menghasilkan beberapa model yang agak menarik. Justeru ia mendapat sambutan hangat di negara keluarannya, Thailand. Antara model yang mendapat perhatian ialah cafe racer Gentleman 200. Kini GPX menaikkan taraf dengan melancarkan model jenis retro racer GPX GTM250R.

Model baharu ini lebih menawan dengan fairing singkat dan bahagian ekor yang lebih tajam. Bahagian tepi tangkinya juga mempunyai panel yang berwarna perak seakan BMW R nineT. Namun, ciri rekabentuk yang menjadi persoalan ialah bahagian bulat seperti penutup enjin di bawah pelana penunggang.

Apapun, ia menggunakan enjin yang baharu. Tidak seperti enjin Gentleman 200 yang menggunakan sistem bahanapi karburetor, GTM250R menggunakan sistem suntikan bahanapi. Enjin baharu ini menghasilakn 20.4hp. Ia sebenarnya tidak tinggi kerana enjin motosikal kapcai seperti SYM VF3i pon sudah menghasilkan 17.7hp...

Selain daripada itu, komponen GTM250R yang lain kelihatan sama dengan Gentleman 200 iaitu fork jenis terbalik, roda 17-inci. Tetapi, model GTM250R dipasang dengan dua cakera brek depan.

Malangnya model ini hanya buat pasaran di Jepun dengan harga JPY566,500 (RM18,458.20).

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.