RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Disember 2023

SYM ADX 300 Dilancarkan

Pembuat motosikal yang berasal daripada Taiwan, SYM sinonim dengan skuter. Jenama ini pun mula terkenal di Malaysia dengan skuter mereka. Jadi, tidak hairanlah mereka sering menghasilkan skuter baharu yang lebih mantap, seperti SYM ADX 300 ini.

ADX 300 ini seangkatan dengan skuter adventure ADX 125. Tetapi oleh kerana ia lebih besar, ia dilengkapi dengan beberapa ciri yang berspesifikasi lebih tinggi, seperti lampu-lampu LED serta rekabentuk yang baharu.

Enjinnya merupakan jenis silinder tunggal dengan penyejukan cecair, dan menghasilkan 25.8hp dan tork 26Nm. Roda depannya berukuran 15-inci dan roda belakangnya 14-inci. Semua breknya merupakan jenis cakera.

Selain daripada itu, terdapat tempat simpanan bawah pelana yang besar, pemijak kaki yang lebih luas, dan pelana yang juga lebih besar dan selesa bagi penunggang dan pembonceng. Tangki minyaknya dibesarkan daripada 11.5 liter ke 16 liter. Kerangkanya juga diperkukuhkan kerana ia merupakan skuter yang boleh ditunggang di dalam keadaan lasak.

SYM belum mengumumkan harga ADX 300, tetapi ia akan diekspot ke banyak negara.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.