RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Januari 2024

QJMOTOR melancarkan model sport, SRK 921RR ke Pasaran China

QJMOTOR dengan rasminya melancarkan model 'sport' berkuasa tinggi terbaru mereka iaitu SRK 921RR di acara persidangan perniagaan yang berlangsung di Hangzhou, China.

Kredit foto: chinamotorworld.com
Kredit foto: chinamotorworld.com

Berbeza daripada SRK1000RR yang dipamerkan pada EICMA 2023, SRK 921RR menampilkan rupabentuk yang lebih agresif, dipadankan dengan lampu-lampu LED, rekabentuk ekzos 'Accordion' yang unik, skema warna cukup garang serta lengan ayun sisi tunggal.

Kredit foto: chinamotorworld.com.
Kredit foto: chinamotorworld.com.
Kredit foto: chinamotorworld.com.
Kredit foto: chinamotorworld.com.

SRK 921RR dilengkapi dengan enjin empat silinder sebaris yang memberikan kuasa maksimum 95kW pada 10,000 rpm dan tork 93Nm pada 8,000 rpm. Spesifikasi ini jelas menunjukkan bahawa enjin SRK 921RR baru ini memang berprestasi tinggi, sesuai untuk mereka yang cintakan kelajuan dan litar.

Kredit foto: chinamotorworld.com.
Kredit foto: chinamotorworld.com.

Mengenai ciri, SRK 921RR dilengkapi dengan sistem Traction Control, sistem Cornering ABS, dan pelbagai unit kawalan elektronik lain seperti Unit Kawalan Elektronik, sistem brek Brembo, peredam stereng Marzocchi, sistem penyerap hentak boleh laras, lengan ayun sisi tunggal dan lain-lain lagi.

Info: QJMOTOR akan memberi cabaran dalam perlumbaan WorldSSP musim 2024 menerusi pelumba Itali iaitu Raffaele De Rosa yang akan menunggang model QJ GSR800.

Pada majlis pelancaran tersebut, QJMOTOR turut menawarkan Edisi Ulang Tahun untuk HONG 250. Skuter ini dikuasakan oleh enjin empat lejang, sistem penyejuk cecair, silinder tunggal 249cc yang memiliki kuasa maksimum 18.5Kw pada 8,000 rpm dan tork 24.5N·m pada 6,500 rpm.

Kredit foto: chinamotorworld.com.
Kredit foto: chinamotorworld.com.

Walaupun hanya sebuah skuter, ia dilengkapi dengan brek cakera hadapan dan belakang, ABS dwi saluran, sistem kunci pintar, sistem Traction Control dan cermin pengadang angin bersaiz besar.

Di Malaysia, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd merupakan pengedar rasmi jenama QJMOTOR dan pada penganjuran acara Kuala Lumpur Bike Show 2023, mereka telah melancarkan model sport kelas pertengahan iaitu SRK600RC yang sememang memiliki rekabentuk keseluruhan cukup garang sekali. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.