RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 Januari 2024

Kymco AK550 Dilancarkan ke Pasaran Negara. Harga RM65,600

Modenas yang selaku pengedar rasmi Kymco di Malaysia telah melancarkan skuter maksi terbaru iaitu Kymco AK550 yang hadir dengan spesifikasi enjin dan teknologi moden yang cukup mantap.

AK550 baru ini disempurnakan dengan enjin bersesaran 550cc, kembar-parallel, DOHC yang mampu menghamburkan hantaran kuasa setinggi 51hp pada 7,5000rpm dan tork 52Nm pada 6,000rpm. Dengan spesifikasi enjin tersebut, dikatakan skuter maksi premium ini mampu memecut mencecah 160km/j.

Dari segi rekabentuknya, Kymco telah melengkapkan model ini dengan pelbagai ciri-ciri menarik. Antaranya ialah sistem pencahayaan LED dan Daytime Running Light (DRL) hadir dengan bentuk cukup garang, cermin pengadang angin boleh laras, sistem brek jenis Brembo beserta AIBS (Advance Intelligent Braking System), cermin sisi larasan automatic, panel meter TFT, pelana boleh laras dan semestinya casis yang bertegaran tinggi.

Model ini juga padat dengan teknologi terkini yang bakal dinikmati oleh para pemiliknya kelak. Antaranya ialah Mod Tunggangan (Full Power & Rain), Autocruise, Traction Control,  sistem perhubungan Bluetooth, port USB dan sistem Kunci Pintar.

Kecekapannya merentasi pelbagai jenis laluan disumbangkan dari fork hadapannya jenis terbalik dan lengan ayun horizontal dan brek-brek (270mm Depan, 260mm Belakang). Ruang penunggang luas, selesa dan natural.  Pelananya hanya setinggi 785mm sememangnya sesuai untuk semua golongan pengguna.

Model baru ini hadir dalam dua warna menarik iaitu Flat Brown dan Hitam. Dengan setiap pembelian, para pelanggan layak menerima  waranti kilang untuk tempoh 2 tahun atau 20,000 kilometer perjalanan (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Februari 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.