RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 Januari 2024

Ducati Malaysia Perkenalkan Streetfighter V4 Lamborghini

Ducati Malaysia baru-baru ini telah melancarkan sebuah model edisi terhad iaitu Ducati Streetfighter V4 Lamborghini. Jentera ini hanya ditawarkan dua unit sahaja di pasaran Malaysia.

Jentera edisi terhad ini merupakan penambahan baharu dalam barisan Ducati yang menggabungkan dua jenama premium menerusi kuasa dan prestasi motosikal Ducati dengan kemewahan serta keanggunan yang sinonim dengan Lamborghini.

Melalui kerjasama ini,  Ducati Streetfighter V4 Lamborghini dibangunkan sebagai penghargaan kepada sejarah antara Ducati dan Lamborghini yang merupakan jenama ikonik dari Motor Valley, Itali. Rekabentuk model ini diinspirasikan daripada Lamborghini Huracan STO (Super Trofeo Omologata) yang menawarkan livery khas pada panel badannya termasuk fender hadapan, Belly Pan, tangki bahan api, bahagian sisi, depan dan belakang.

Model ini tampak lebih menyerlah dengan gentian karbon yang digunakan pada beberapa bahagian, sama dengan corak gentian pada kereta mewah itu. Rim jenis forged mendapatkan rekaan khas yang juga diilhamkan daripada Lamborghini Huracan STO yang turut diperkemaskan nut tayar belakang titanium. Untuk sentuhan tambahan, pelana pada jentera ini dibalut dengan kulit Alcantara.

Ducati Streetfighter V4 Lamborghini dipadankan dengan enjin Demosedici Stradale yang bersesaran 1,103cc beserta sistem penyejuk cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 208hp pada 12,500rpm dan tork 123Nm pada 11,500rpm.

Skema warna pada model ini sama seperti Huracan STO iaitu warna utamanya "Verde Citrea", manakala warna kontras "Arancio Dac". Selain rekacorak yang unik, jentera serba mewah ini turut menampilkan logo ikonik STO dan nombor 63, sebagai penghormatan kepada penubuhan Lamborghini.

Pada majlis pelancaran,  terdapat juga sesi penyerahan Streetfighter V4 Lamborghini kepada pemilik pertama iaitu Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin. Model ini ditawarkan pada harga RM460,900 seunit. RR

Isu Pada

Mac 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.