RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 April 2024

Kemalangan 4 Buah Motosikal, Dua Pelajar Tingkatan Tiga Maut

Klang: Dua pelajar tingkatan tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar, Jalan Haji Abdul Wahid di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu, 10.12 malam tadi.

"Kemalangan berlaku pada 10 malam membabitkan empat motosikal serta semua yang terbabit adalah lelaki. Siasatan mendapati, dua motosikal yang ditunggang kedua-dua mangsa dari arah Bukit Kapar menuju ke Kapar. Sebaik tiba di lokasi kejadian, dua motosikal terbabit bertembung dengan dua motosikal lain yang datang dari arah bertentangan di hadapan sekolah itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vijaya berkata, dalam kemalangan itu, dua mangsa yang berumur 15 tahun dan masih bersekolah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan mendapati, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat. Polis masih lagi mengesan dan mengenal pasti dua lagi mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu. Mereka dianggarkan berumur lingkungan 15 hingga 20 tahun. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

"Sebarang maklumat mengenai kemalangan terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah (017-5843860)," katanya. RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.