RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Mei 2024

Royal Enfield Lancarkan Model Baru Bullet 350. Harga asas dari RM23,500

Untuk terus berdaya saing dalam pasaran motosikal dl tanah air, Royal Enfield Malaysia telah melancarkan model terbaru, Bullet 350 yang hadir dalam dua versi iaitu Standard dalam pilihan warna Black atau Maroon dan versi Bullet Black Gold.

Model baru ini disempurnakan dengan enjin 349cc, silinder tunggal, 4 lejang, sistem penyejuk udara, sistem suntikan bahan api yang berkuasa 20.2hp pada 6,100rpm dan tork 27Nm pada 4,000rpm. 

Bullet 350 baru ini dilengkapkan dengan fork hadapan 41mm dan penyerap hentak Emulsion yang menawarkan keselesaan untuk perjalanan jauh dan dekat. Model ini juga turut hadir dengan tayar hadapan bersaiz  100/90 -19 dan 120/80 -18 di belakang.

Untuk tujuan keselamatan, Royal Enfield ini juga menggunakan brek cakera bersaiz 300mm (depan) dan 270mm di belakang beserta sistem ABS dua saluran.

Manakala pelananya yang empuk setinggi 805mm menerima rekaan semula untuk menawarkan keselesaan buat penunggang tidak kira perjalanan jarak jauh ataupun dekat.

Model ini juga turut disempurnakan dengan paparan meter analog dan digital yang memaparkan info-info penting. Bahagian hadapan ditampilkan rekaan lampu utama berbentuk bulat dan terdapat beberapa bahagian yang dikemaskan dengan kemasan krom bagi mengekalkan gaya sebuah jentera retro.

Bullet Standard ditawarkan pada harga RM23,500 manakala harga untuk Bullet Gold pula ialah RM23,900. 

Super Meteor 650 - Astral Green.
Super Meteor 650 - Astral Green.

Pada majlis yang sama, pihak Royal Enfield Malaysia turut memperagakan warna-warna terbaru untuk model Super Meteor 650 iaitu Interstellar Grey & Astral Green. Model ini dijual di pasaran pada harga RM37,900.  RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.